Soalan Lazim
Cara Penghantaran
-
eBill ialah versi elektronik bagi bil kertas tradisional anda. Dengan melanggan, anda akan menerima penyata bulanan dalam format pilihan anda (terperinci, ringkasan, atau terperinci dengan butiran SMS) terus melalui emel.
Manfaat eBill:
Mudah Diakses
Lihat, muat turun, atau cetak bil semasa dan terdahulu pada bila-bila masa, di mana sahaja. Akses bil tersebut melalui:- Peti masuk emel anda
- Maxis Business Hub
Keselamatan Dipertingkat :
eBill dihantar dengan selamat ke peti masuk anda, menghapuskan risiko seperti kehilangan atau kecurian yang berkaitan dengan mel fizikal.
Tiada Kos Tambahan:
Nikmati perkhidmatan eBill secara percuma—tiada yuran bulanan!
Pilihan Mesra Alam :
Kurangkan pembaziran kertas dan bantu memulihara hutan. Dengan memilih eBill, anda dan Maxis menyumbang kepada Malaysia yang lebih hijau. -
Jika anda adalah PIC Syarikat yang menguruskan akaun perniagaan syarikat, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub
Langkah 2: Pilih ‘Accounts’ dari menu di bahagian atas
Langkah 3: Pilih ‘Accounts & Bills’
Langkah 4: Pilih dan klik pada akaun yang dikehendaki dan pilih ‘Manage e-Bill’
Langkah 5: Klik ‘Enable e-Bills (FREE) to’ dan masukkan alamat emel penerima bil
Langkah 6: Klik ‘Enable Detailed Spreadsheet of Charges’
Langkah 7: Klik ‘SAVE’ dan buat pengesahan emel
Tonton video tutorial ‘How to Download Bills and Manage e-Bill’ untuk mengetahui lebih lanjut.
Nota: Anda akan menikmati pengecualian caj RM10 bagi caj bil terperinci (itemised bill) apabila anda melanggan eBill (pengesahan emel diperlukan). -
Tambah Maxis ke senarai pengirim selamat (Safe Sender List):
Pastikan emel daripada Maxis ditandakan sebagai selamat (‘safe’) dalam tetapan emel anda.Semak tetapan spam anda:
Laraskan tetapan emel anda untuk menghalang emel penting daripada ditandakan sebagai spam secara automatik.Semak folder spam/junk secara berkala:
Sekali-sekala, sila semak folder ini untuk memastikan tiada emel penting yang terlepas pandang.
Nak bercakap dengan kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business