Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Belum Rainforest Resort menjangkau peluang perniagaan menerusi digitalisasi

Penghuraian

Belum Rainforest Resort, destinasi percutian ekopelancongan terkenal di Malaysia yang terletak di tengah-tengah Pulau Banding dan dikelilingi oleh Hutan Hujan Belum-Temenggor di Perak. Pemandangan dan persekitaran yang menakjubkan serta pengembaraan dan peluang untuk mendekati alam semula jadi menjadi tarikan utama Belum Rainforest Resort buat pencinta alam dan mereka yang suka melakukan aktiviti luar sambil bercuti. 

Situasi

Akibat pandemik yang melanda, Belum Rainforest Resort terpaksa memberhentikan operasi perhotelan secara tiba-tiba kerana tidak dapat menjangkau pelanggan mahupun pelancong dari luar negara. Tempahan yang dibuat oleh pelanggan juga terpaksa dibatalkan berikutan dengan larangan merentas negeri yang menyebabkan jualan dan strategi perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa. 

Menangani Cabaran

Namun pengurus Belum Rainforest Resort, Encik Musa bin Yunus tetap cekal menangani cabaran dengan mencipta semula strategi baharu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Belum Rainforest Resort menerusi pengiklanan digital. Beliau memutuskan untuk mendaftar Digital Marketing Starter Kit Maxis, platform pengiklanan digital semua dalam satu yang mudah untuk meraih lebih pelanggan dan jualan. 

Peluang Baharu

Digital Marketing Starter Kit Maxis ini memberikan beliau kemahiran untuk mencipta iklan digital dengan hanya 4 langkah mudah menggunakan templat iklan sedia guna percuma. Beliau juga mengambil peluang berharga dengan menuntut dana sehingga RM5,000* daripada Geran Digitalisasi PKS menerusi Maxis. Proses permohonan yang dilakukan begitu cepat dan mudah dengan bantuan Maxis SME Help Squad. Hanya perlu menyediakan dokumen penting, dalam tempoh 2 minggu permohonan Encik Musa berjaya diluluskan. 

Keberhasilan

Sifat kecekalan Encik Musa untuk terus menerajui dalam perniagaan digital sememangnya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Dengan Digital Marketing Starter Kit Maxis, trafik laman web pertanyaan Belum Rainforest Resort meningkat berkali ganda malahan terdapat beberapa tempahan yang dibuat oleh pelanggan. Kini Belum Rainforest Resort meraih lebih kesedaran daripada orang ramai untuk mereka datang bercuti pada masa akan datang.

 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Geran sehingga RM5,000

CATEGORIES