Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Memastikan Kenderaan Sentiasa Berhubung: Cara Memilih Solusi Terbaik Untuk Keperluan Anda

Semasa syarikat lain sedang sibuk untuk berada di hadapan, solusi mengesan dan menguruskan kenderaan kian berkembang pesat. Termasuklah sektor logistik, industri yang dahulu kalanya bergantung kepada saiz syarikat sebagai kayu ukur kejayaan dan kelanjutan, kini syarikat yang besar dan mantap juga diancam oleh syarikat baru yang kecil, lincah dan lebih mesra teknologi.

Syarikat berskala kecil ini dapat menawarkan harga yang lebih rendah kepada pelanggan serta perkhidmatan yang lebih cekap kerana mereka telah mengaplikasikan teknologi pengurusan kenderaan. Di waktu yang sukar oleh kerana COVID-19 ini, ia kini lebih penting untuk anda tidak ketinggalan.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan di pasaran dengan harga dan kebolehan yang berlainan. Jadi, bagaimana cara untuk memilih solusi pengurusan kenderaan yang terbaik buat anda?

Risiko solusi yang tidak lengkap

Menggunakan solusi berkonsep individual dan berasingan mungkin akan menjimatkan kos, tetapi ia akan menyebabkan banyak masalah yang akan terjadi. Ia lebih berkemungkinan akan terjadi jika solusi tersebut tidak mempunyai kesinambungan dan tiada cara untuk berhubung dengan satu sama lin. Tidak kiralah saiz atau keperluan anda, pastikan solusi itu berkonsep menyeluruh yang membenarkan anda untuk menambah fungsi dan kenderaan pada bila-bila masa.

Solusi terbaik akan membenarkan anda untuk bertanyakan soalan yang sangat penting seperti:

Soalan 1: Siapakah anda?

Ini ialah soalan pertama yang perlu dijawab kerana siapa anda akan menentukan apa yang anda perlukan. Tidak kiralah anda mempunyai lima kenderaan, lebih dari 500 atau lain-lain, pengurusan kenderaan merupakan faktor penting untuk menjimatkan kos. Walaubagaimanapun, pengurusan kenderaan yang mengesan kurang daripada 10 kenderaan selalunya memerlukan bantuan dan automasi yang kurang berbanding aplikasi yang dapat menjejak sehingga beratus-ratus kenderaan.

Contohnya:

  • Apa yang anda lakukan?
    Syarikat yang menghantar bekalan cepat rosak contohnya, akan mempunyai keperluan yang berlainan berbanding syarikat yang menawarkan perkhidmatan di lokasi.
  • Apakah saiz syarikat anda?
    Tidak kiralah berapa banyak jumlah kenderaan yang anda miliki, pengurusan kenderaan menawarkan peluang keemasan untuk menjimatkan kos. Walaubagaimanapun, syarikat dengan jumlah kenderaan yang lebih rendah memerlukan jumlah bantuan dan automasi yang rendah berbanding syarikat yang memiliki beratus-ratus kenderaan.
  • Siapakah pelanggan anda dan apa yang mereka inginkan?
    Adakah anda perlu membukti sesuatu kepada mereka, atau anda ingin mengukuhkan hubungan? Dapatkah anda membezakan diantara pelanggan berskala besar atau kecil? Dapatkah tempoh maklum balas yang pantas mempengaruhi perniagaan mereka?
  • Siapakah saingan anda?
    Dan apa yang mereka tawarkan yang anda tidak miliki?
  • Di manakah anda beroperasi?
    Solusi yang terbaik tidak akan dapat membantu anda jika kenderaan anda berada di luar liputan. Jadi, pastikan pembekal perkhidmatan anda dapat memberikan isyarat yang kuat tidak kira di mana anda berada.
  • Apakah cabaran anda?
    Adakah pemandu anda mempunyai kesukaran untuk mematuhi jadual? Adakah anda mempunyai masalah kecurian kenderaan atau minyak petrol?

Soalan 2: Apakah maklumat yang penting untuk perniagaan anda?

Soalan ini juga boleh dipecahkan kepada beberapa soalan kecil yang lain untuk mengetahui solusi apa yang anda inginkan. Contohnya:

  • Bagaimanakah perniagaan anda akan terjejas jika terdapat kenderaan yang rosak?
  • Pentingkah untuk anda merekodkan jam pemandu, jarak, penghantaran dan panggilan yang dilengkapkan dan lain-lain?
  • Apakah yang anda ingin ketahui tentang setiap pemandu atau perjalanan?
  • Adakah anda mempunyai sebarang kecurigaan tentang tingkah laku haram seperti penyalahgunaan kenderaan atau kad minyak?

Soalan 3: Apa yang anda ingin lakukan dengan maklumat ini?

  • Setelah anda menerima segala maklumat yang diperlukan, anda perlu mencari cara untuk menggunakan maklumat tersebut dengan sebaik mungkin. Misalnya:
  • Adakah anda ingin mengetengahkan sikap pemandu (contohnya, pemandu sering menekan brek atau memandu dengan laju secara tiba-tiba) supaya anda dapat mengatasinya?
  • Adakah anda ingin diberi amaran jika kenderaan anda keluar dari lingkungan perjalanan atau digunakan lebih masa?
  • Adakah anda ingin mencipta perjalanan yang lebih cekap supaya anda boleh menambah bilangan perjalanan setiap hari?
  • Adakah anda ingin menambah jenis perkhidmatan, contohnya, membenarkan pelanggan untuk memilih perkhidmatan penghantaran atau sebaliknya?

Berhubung dengan pembekal perkhidmatan untuk mengetahui jenis perisian yang dapat membantu memajukan perniagaan anda.

Building a Connected Fleet: How to Choose a Solution for Your Needs

Mula dengan menanyakan soalan berikut: apa yang anda ingin tahu tentang kenderaan anda?

Soalan 4: Bagaimana cara untuk anda memproses maklumat ini?

Solusi pengurusan kenderaan yang baik dan menyeluruh dapat menawarkan maklumat dan laporan melalui papan pemuka supaya anda dapat membaca dan berkongsi maklumat tersebut dengan individu penting. Jika anda hanya boleh mengakses maklumat ini di sesetengah lokasi sahaja seperti papan putih, bilik kawalan atau komputer tertentu, fungsi ini tidak akan memberikan faedah yang besar buat anda.

Cara terbaik ialah untuk anda memilih solusi bercirikan rangkaian awan yang bukan sahaja dapat memberikan pengurus kenderaan anda akses kepada maklumat melalui mana-mana peranti yang berhubung dengan internet, malah ia juga dapat memberi akses untuk sesetengah maklumat kepada sesetengah pengguna. Contohnya, pelanggan dapat mengesan lokasi penghantaran tetapi tidak mempunyai maklumat-maklumat lain.

Soalan 5: Apakah yang anda mampu?

Ini bukan saja melibatkan wang, malah masa juga memainkan peranan. Sesetengah solusi memerlukan khidmat bantuan pakar dan pemasangan yang akan menyebabkan operasi terhenti. Jika ini ialah solusi yang anda perlukan, ketahui berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menghentikan operasi bagi setiap kenderaan dan bila anda dapat menggunakan solusi ini. Selepas itu tanya kepada diri anda jika anda mampu menanggung segala kos ini.

Walaupun solusi ini mungkin bersifat kuno, sesetengah solusi memerlukan anda untuk mendapatkan peranti tertentu (seperti pengesan) dan input manual. Jika ini ialah pilihan anda, berapakah jumlah pelaburan yang perlu dibelanjakan? Di samping itu, anda mungkin juga tidak perlu melakukan pelaburan secara pukal. Solusi bercirikan rangkaian awan mampu berfungsi sebagai langganan mengikut setiap kenderaan, menjadikan kos pengurusan kenderaan menjadi lebih berpatutan untuk setiap syarikat tidak mengira saiz.

Soalan 6: Siapakah yang boleh dipercayai?

Apabila membuat keputusan perniagaan yang penting, anda tidak membuatnya seorang diri. Rakan kongsi yang baik dapat memberikan anda penyelesaian yang terbaik untuk soalan anda. Carilah rakan kongsi yang mempunyai rekod pelaksanaan yang berjaya dan yang dapat berkongsi kisah kejayaan. Anda juga perlu memikirkan tentang matlamat jangka panjang anda. Pembekal yang ideal akan membantu anda setiap masa yang anda perlukan.

Jawapan yang diberikan di atas akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk mendapatkan teknologi pengurusan kenderaan yang terbaik mengikut keperluan anda. ini merupakan sebuah langkah yang besar tetapi ia hanyalah sebuah permulaan. Untuk mengaut keuntungan sepenuhnya daripada solusi yang dilanggan, anda masih memerlukan pekerja yang berdedikasi. Cara terbaik untuk mengatasi cabaran ini boleh didapati di artikel kelima dan yang terakhir di siri ini.

CATEGORIES