Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Bersama Berkembang: Bata Temui Sukses di Dalam dan Luar Talian

Jenama kasut Bata sudah dikenali ramai dengan rangkaian meluas kedai runcit pintu depan namun mereka memerlukan strategi yang mampu menjana jualan ke kedai fizikal pada masa sama mengembangkan saluran jualan dalam talian.

Dengan jumlah besar cawangan runcit yang dimilikinya dalam negara, sudah dijangkakan bahawa penjana keuntungan terbesar Bata adalah kedai fizikal pintu depan.

Apa yang syarikat itu mahu lakukan adalah mengurangkan perbelanjaan pemasaran luar talian tapi sebaliknya ia menumpukan pada perbelanjaan pemasaran dalam talian untuk mempromosikan ketiga-tiga saluran jualan: kedai runcit, laman web eDagang dan pasaran dalam talian.

Mereka perlu untuk mencari cara untuk mempromosikan lawatan ke kedai runcitnya sementara mengembangkan capaian ke dalam talian jenama mereka, hal ini kerana buat masa ini, saluran dalam talian menyumbangkan pulangan tahunan yang kecil.

Strategi yang betul

Maxis eCommerce & Retail membantu Bata merangka strategi pemasaran digital, menyediakan pakar untuk pembelian media malah memberi nasihat penggunaan eDagang terbaik yang boleh diaplikasikan pada kedua-dua saluran dalam dan luar talian.

Ini telah menghasilkan kempen dalam talian yang berjaya seperti kasut edisi terhad Bata x Coca Cola yang memberikan RM20,000 keuntungan dalam tempoh 6 jam selepas satu malam dilancarkan.

Kempen ini termasuklah laman utama pra pelancaran termasuk email yang dihantar untuk menyebarkan berita tentang koleksi tanpa memerlukan iklan untuk mempromosikannya. Secara khususnya, menggunakan e-mel untuk meningkatkan kesedaran dan mengasuh pelanggan terbukti penting untuk menjana pulangan tinggi bagi perbelanjaan periklanan untuk kempen.

Dengan capaian luaran dalam talian yang efektif, syarikat itu mampu meraih lebih daripada 10 juta pengguna dalam platform sosial media semasa tempoh utama beli-belah, mencapai lebih daripada 60% sasaran pengguna Bata.

Strategi ini juga menjana 90% kadar pertalian semasa tempoh Hari Raya yang bukan sahaja membina kesedaran tentang jenama malah membantu membina aliran trafik

Lebih terkini, kedai dalam web mereka menghasilkan pulangan yang sangat bagus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bata menawarkan penghantaran percuma dengan tanpa perbelanjaan minimum dan tambahan diskaun 30% menerusi kempen "Stay Home Shop Safe" mereka. Keputusan itu menunjukkan peningkatan 460% keuntungan kedai dalam talian, kadar penukaran tertinggi 430%, dan pulangan perbelanjaan periklanan sehingga 1900%.

Bata Online
Membina Kesetian

Matlamat lain mereka adalah menambah baik program kesetiaan Bata sedia ada, Kelab Bata.

Sebelum ini, ahli Kelab Bata hanya mampu mengumpul dan menebus mata ganjaran di cawangan kedai dan bukan di laman web Bata Malaysia.

Ini telah menghalang penskalaan keseluruhan termasuk juga potensi keuntungan untuk laman web Bata Malaysia. Pelanggan dalam talian baharu berkemungkinan besar akan beli-belah di luar talian dan bukan di dalam laman web untuk mengumpul mata ganjaran.

Dengan pertolongan Maxis eCommerce & Retail, sistem POS peruncitan sedia ada Bata telah berjaya disepadukan dengan laman web Bata Malaysia untuk menjadikan program Kelab Bata boleh didapati untuk kedua-dua pelanggan dalam talian dan runcit.

Pelanggan mampu mengumpul dan menebus mata ganjaran dalam talian, dan ini telah menghasilkan peningkatan sebanyak 35-40% pemilikan pelanggan baharu dalam laman web semenjak ia dilancarkan pada Julai 2019 yang lepas malah mereka menikmati peningkatan 15-20% keuntungan dalam talian semenjak itu.

Kejayaan Bata telah membuktikan dengan pendekatan digital yang betul, pemasaran dalam talian mampu menghasilkan keputusan bukan sahaja untuk eDagang malah untuk cawangan kedai runcit fizikal juga - Bukan sahaja memberikan nilai malah menawarkan pengalaman beli-belah menyenangkan, tapi kadar perolehan sebegitu susah untuk dicapai dengan pemasaran luar talian tradisional.

CATEGORIES