Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Bagaimana Kedai Haiwan Peliharaan Tempatan Terus Menerajui dan Beroperasi di Waktu Yang Sukar

"Dahulunya, mendigitalisasi adalah tindakan berisiko buat kami. Kini, kami terus maju walaupun berdepan pandemik"- Darren Cheong, Irene Aquarium

 

Irene Aquarium adalah kedai haiwan peliharaan milik keluarga di Petaling Jaya. Perniagaan ini telah memberi khidmat kepada komuniti berdekatannya selama 20 tahun dan banyak pemilik haiwan peliharaan di Lembah Klang menganggap mereka adalah kedai haiwan peliharaan wajib pergi untuk beli segala keperluan. Kedai ini kini diuruskan oleh Vivien dan Darren, kakak dan anak saudara pemilik asalnya.

Persediaan menghadapi cabaran mendatang

Vivien mengambil keputusan untuk digitalisasikan perniagaan setelah melihat peluang untuk menjana lebih jualan menerusi perniagaan dalam talian. Walau bagaimanapun pengalaman terhad beliau dalam dunia digital tak mematahkan semangatnya untuk melakukan apa yang terbaik untuk perniagaannya. Beliau tidak pintar digital dan tidak tahu macam mana nak mulakan perniagaan online.

Sebaliknya beliau mengikuti anaknya yang pintar digital, Darren dan abangnya, yang telah memulakan kemunculan kedai dalam talian. Pertama sekali beliau mencipta laman web sendiri sebelum menceburi e-dagang dan platform sosial media popular di mana mereka mula bina bisnes online.

Syukurlah dengan semangat tak putus asa, Irene Aquarium terus maju walaupun ketika itu pandemik baru terjadi dan memberi kesan besar pada negara dan perniagaan di seluruh dunia. Daripada itu, langkah seterusnya untuk mereka adalah meningkatkan usaha untuk meraih pelanggan baharu dan menarik trafik ke platform dalam talian mereka.

Irene Aquarium: Shop

Peluang baharu dengan perniagaan digital

Untuk Irene Aquarium meraih lebih pelanggan, adalah penting untuk mereka mendekati pelanggan berpotensi menjangkaui kawasan Lembah Klang. Ini telah membuatkan mereka untuk mencuba pemasaran digital. Walau bagaimanapun, mereka tidak biasa dengan aspek teknikal periklanan dalam talian, terutamanya yang melibatkan platform seperti Google dan Facebook, dan selok-belok rekaan iklan dalam talian.

Kerana itu, Vivien dan Darren telah mengambil keputusan untuk mendapatkan Digital Marketing Lite dari Maxis Business. Dengan bantuan Maxis SME Help Squad, mereka mampu memohon untuk Geran Digitalisasi PKS dan menebus dana sehingga RM5,000.

Geran Digitalisasi PKS

Geran Pendigitalan PKS atau Perniagaan Kecil dan Sederhana merupakan sebuah program yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia melaksanakan transformasi digital.

Melalui program ini, PKS di Malaysia boleh memohon bantuan kewangan untuk membantu mereka dalam membeli peralatan teknologi digital, membangunkan laman web atau platform e-dagang, meningkatkan sistem pengurusan perniagaan dan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka.

Matlamat Pergerakan Pendigitalan PKS adalah untuk membantu PKS di Malaysia dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan mereka, mengukuhkan daya saing dalam pasaran, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, dan mengembangkan pasaran melalui penggunaan teknologi digital.

Hasilnya

Menerusi Digital Marketing Lite, mereka kini mampu menyasarkan pelanggan dalam talian yang betul dan meningkatkan keuntungan dengan bantuan daripada pakar di Maxis yang telah membantu mereka menjalankan kempen pemasaran digital hujung ke hujung, dan pada masa sama mereka meraih lebih pelanggan dan menjana lebih jualan. Malah, jualan mereka meningkat berkali ganda, pesanan juga sentiasa bertambah. Walaupun berdepan cabaran, mereka tidak gugur, sebaliknya mereka terus maju, semuanya kerana usaha mereka untuk mendigitalisasi.

Manfaat perniagaan atas talian kepada peniaga

Perdagangan dalam talian, atau lebih dikenali sebagai e-dagang, ialah model perniagaan yang menggunakan platform dalam talian untuk menjual produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Terdapat beberapa manfaat perniagaan atas talian kepada peniaga.

Antaranya ialah tingkatkan jangkauan pasaran. Dengan menggunakan platform dalam talian, peniaga boleh mengembangkan jangkauan pasaran mereka dari tempatan ke nasional dan juga antarabangsa. Selain itu, meningkatkan kecekapan operasi kerana proses jual beli boleh dilakukan secara automatik lalu menjimatkan masa dan kos operasi. Ia juga menjangkau lebih ramai pengguna kerana peniaga boleh menggunakan pelbagai saluran media sosial dan iklan dalam talian untuk menjangkau lebih ramai pengguna yang pelbagai.

Seterusnya, ia mengurangkan kos overhed. Peniaga boleh mengurangkan kos overhed, seperti sewa premis perniagaan, elektrik dan gaji pekerja. Ia juga tingkatkan penjenamaan. Peniaga boleh memperkenalkan jenama dan produk mereka kepada bakal pengguna.

Pelan Masa Hadapan

Vivien dan Darren faham bahawa digitalisasi bukan perjalanan singkat, dan masih jauh dari tamat. Mereka berharap untuk meneruskan perjalanan ini dan kini telah menumpukan usaha mereka dalam memastikan mereka bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran berkaitan e-dagang dan sentiasa mencari cara kembangkan perniagaan.

Geran sehingga RM5,000

CATEGORIES