Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik

Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik 

sini.

Bagaimana Kedai Haiwan Peliharaan Tempatan Terus Menerajui dan Beroperasi di Waktu Yang Sukar

"Dahulunya, mendigitalisasi adalah tindakan berisiko buat kami. Kini, kami terus maju walaupun berdepan pandemik"- Darren Cheong, Irene Aquarium

 

Irene Aquarium adalah kedai haiwan peliharaan milik keluarga di Petaling Jaya. Perniagaan ini telah memberi khidmat kepada komuniti berdekatannya selama 20 tahun dan banyak pemilik haiwan peliharaan di Lembah Klang menggangap mereka adalah kedai haiwan peliharan wajib pergi untuk beli segala keperluan. Kedai ini kini diuruskan oleh Vivien dan Darren, kakak dan anak saudara pemilik asalnya.

Persediaan menghadapi cabaran mendatang

Vivien mengambil keputusan untuk digitalisasikan perniagaan setelah melihat peluang untuk menjana lebih jualan menerusi perniagaan dalam talian. Walau bagaimanapun pengalaman terhad beliau dalam dunia digital tak mematahkan semangatnya untuk melakukan apa yang terbaik untuk perniagaannya.

Sebaliknya beliau mengikuti anaknya yang pintar digital, Darren dan abangnya, yang telah memulakan kemunculan kedai dalam talian. Pertama sekali beliau mencipta laman web sendiri sebelum menceburi e-dagang dan platform sosial media popular di mana mereka mula berniaga dalam talian.

Syukurlah dengan semangat tak putus asa, Irene Aquarium terus maju walaupun ketika itu pandemik baru terjadi dan memberi kesan besar pada negara dan perniagaan di seluruh dunia. Daripada itu, langkah seterusnya untuk mereka adalah meningkatkan usaha untuk meraih pelanggan baharu dan menarik trafik ke platform dalam talian mereka.

Peluang baharu

Untuk Irene Aquarium meraih lebih pelanggan, adalah penting untuk mereka mendekati pelanggan berpotensi menjangkaui kawasan Lembah Klang. Ini telah membuatkan mereka untuk mencuba pemasaran digital. Walau bagaimanapun, mereka tidak biasa dengan aspek teknikal periklanan dalam talian, terutamanya yang melibatkan platform seperti Google dan Facebook, dan selok-belok rekaan iklan dalam talian.

Kerana itu, Vivien dan Darren telah mengambil keputusan untuk mendapatkan Digital Marketing Lite dari Maxis Business. Dengan bantuan Maxis SME Help Squad, mereka mampu memohon untuk Geran Digitalisasi PKS dan menebus dana sehingga RM5,000.

Hasilnya

Menerusi Digital Marketing Lite, mereka kini mampu menyasarkan pelanggan dalam talian yang betul dan meningkatkan keuntungan dengan bantuan daripada pakar di Maxis yang telah membantu mereka menjalankan kempen pemasaran digital hujung ke hujung, dan pada masa sama mereka meraih lebih pelanggan dan menjana lebih jualan. Malah, jualan mereka meningkat berkali ganda, pesanan juga sentiasa bertambah. Walaupun berdepan cabaran, mereka tidak gugur, sebaliknya mereka terus maju, semuanya kerana usaha mereka untuk mendigitalisasi.

Pelan Masa Hadapan

Vivien dan Darren faham bahawa digitalisasi bukan perjalanan singkat, dan masih jauh dari tamat. Mereka berharap untuk meneruskan perjalanan ini dan kini telah menumpukan usaha mereka dalam memastikan mereka bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran berkaitan e-dagang.

Geran sehingga RM5,000

CATEGORIES