Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Bagaimana nak mula mendigitalisasi tanpa pelaburan khusus

Apa yang diperlukan untuk digitalisasikan perniagaan anda, dan apa yang anda perlu lakukan jika tidak boleh menyimpan dana untuk melabur? Datuk Joey Yap akan berkongsi pandangannya di Spark Engage.

BELAJAR LEBIH MENDALAM
00:06
Adalah penting untuk mendidik diri anda supaya mengetahui setiap penyelesaian digital sedia ada yang mampu membantu perniagaan anda maju. Hal ini kerana terdapat banyak penyelesaian digital yang berkos rendah namun mampu memberikan impak besar

MULA DENGAN PERCUMA
01:59
Anda tidak perlu berbelanja besar untuk membina kemunculan dalam talian. Anda boleh mulakan dengan melakukan pemasaran digital percuma menerusi Facebook, Instagram dan Telegram.

FOKUS SELESAIKAN MASALAH, KEUNTUNGAN AKAN DATANG
02:49
Untuk sesebuah syarikat maju ianya memerlukan lebih masa. Terus bersabar kerana anda tidak perlukan sejuta pengikut, anda hanya perlukan seribu pengikut sahaja yang setia menyokong perniagaan anda. Jadi berikan khidmat baik dan selesaikan masalah pelanggan anda dan keuntungan akan menyusul sejurus itu.

MINTA PERTOLONGAN LUAR
04:55
Lazimnya orang ramai ingat mereka perlu berbelanja besar untuk membentuk pasukan dalaman syarikat namun sekarang anda boleh menggunakan khidmat luar yang lebih murah, mudah dan pakar dalam bidang mereka.. Jadi jangan khuatir untuk minta pertolongan dari pakar.

BERSEDIA UNTUK TIDAK KHUATIR
05:37
Apa jua yang kita lakukan ada risikonya. Tapi jika anda bersedia hadapi kenyataan bahawa ada pasang surut dalam perniagaan, pada masa hadapan anda sudah ketahui apa perlu dilakukan jika hadapi masalah.


CATEGORIES