Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik

Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik 

sini.

iQiyi: Faktor Pemilihan Media Pengiklanan OTT

Download the PDF version here.

Apa itu 'OTT' dan mengapa ia relevan

Faktor pemilihan media pengiklanan OTT adalah pengiklanan dalan talian secara terus kepada penonton melalui perkhidmatan penstriman video. Dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan ini sahaja, arena OTT telah mencapai kematangan, dipacu oleh pengadaptasian digital semenjak COVID-19 melanda.
58 % OTT di Malaysia melaporkan, mereka mengalami peningkatan tontonan di platform OTT semenjak pandemik bermula.
69% dari pengguna terus kekal atau semakin banyak menghabiskan masa mereka menonton OTT pasca COVID-19.

Penstriman OTT mengikut jenis gajet

Kebanyakkan penstriman OTT adalah melalui telefon pintar. Walaubagaimanapun, tontonan melalui Smart TV atau pelbagai gajet yang lain semakin meningkat.

88% dari keseluruhan tontonan OTT adalah melalui telefon pintar, diikuti dengan laptop dan Smart TV.

73% penonton OTT di Malaysia menggunakan 3 atau lebih peranti untuk menonton OTT.

Perbandingan di antara OTT dan TV serta saluran media lain

Secara purata, tontonan OTT di Malaysia adalah sebanyak 17 hari sebulan dan 2.7 jam sehari. Penonton OTT di Malaysia menonton lebih banyak OTT dari saluran TV biasa (2.5 jam).

Pengiklanan OTT: Perkara yang perlu dipertimbangkan

Tumpukan pada pengguna gajet mudah alih atau mobile first. Sama ada orientasi atau dimensi video dan juga golongan sasar pengiklanan anda. Terdapat beberapa faktor kritikal yang harus dipetimbangkan apabila melancarkan kempen pengiklanan mobile first anda di OTT:

  • Tentukan orientasi video yang tepat: sama ada video saiz landskap atau menegak
  • Durasi sesuatu video
  • Memaksimumlan ketelusan & keselamatan jenama
  • Jadikan iklan anda relevan kepada penonton
Pastikan video landskap yang betul

Pengguna menghabiskan lebih banyak masa menonton video, kita dapta melihat perkembangan yang lebih konsisten untuk CTA yang menggunakan kaedah ini. Para perniaga online yang berjaya telah mengenalpasti trend ini dan membuat pelaburan yang tinggi terhadap video format landskap kerana ianya mudah dengan hanya menekan butang 'play' untuk kempen mereka.

Pastikan video menegak yang betul

Video menegak menunjukkan peninkatan CTR yang memberangsangkan, tahun demi tahun, hasil dari penambahan masa oleh pengguna.

Durasi video adalah penting!

Berpandukan matlamat kempen anda, pilih durasi video yang tepat & bersesuian.

Tips: Video pendek dan padat dengan indo adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan mesej untuk penonton anda!

Maksimumkan ketelusan & keselamatan jenama

Keselamatan Jenama (Brand Safety)
Jalankan kolaborasi dengan rakan ekosistem yang boleh mengukur serta memaksimumkan capaian umum dengan efektif

Anti Penipuan (Anti-Fraud)
Bekerjasam dengan rakan kongsi yang mengadaptasi sistem anti penipuan terbaik termasuklah pengadaptasian ads.txt dan schain

Kebolehcapaian (Viewability)
Jalanakan kolaborasi dengan rakan ekosistem yang vboleh mengukur serta memaksimumkan capaian umum dengan efektif

Kawal Selia (Measurement)
Bekerjasama dengan rakan-rakan kawal selia untuk menentukan keberkesanan kempen anda

Utamakan Privasi (Privacy First)
Menjalankan kerjasama dengan syarikat pemain yang mengutamakan privasi dalam industri termasuk IAB

iQIYI, Inc. adalah perkhidmatan hiburan dalam talian berinovasi tinggi terkemuka di China. Platform kami mempunyai senarai tontonan komprehensif seperti tontonan siri originals popular, 'Partner-generated Content' (PGC) dan 'User-generated Content' (UGC).
Kami amat berbangga dengan platform kami yang disokong oleh sistem AI dan analisis data yang canggih disamping pelbagai teknologi utama dan terkini.
iQiyi telah berjaya menarik jumlah pengguna yang tinggi di mana ianya telah mempelbagaikan model penjanaan kewangan seperti perkhidmatan iklan dalam talian, pengedaran rancangan TV atau filem, siaran langsung, permainan dalam talian, perlesenan IP, sastera dalam talian serta e-dagang.

Pendekatan dipraktikkan oleh iQiyi
  • Model Freemium: Peringkat percuma (menyokong iklan) + Peringkat VIP (Langganan Berbayar)
  • Fokus tontonan premium dari Asia: Cina + Korea + Drama Melayu + Anime
  • Pelbagai peranti: Strim melalui telefon mudah alih, tablet atau TV
  • Sari kata: Terdapat lebih dari 12 bahasa - termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Cina
  • Kelajuan muat turun terpantas: Dikuasakan oleh teknologi terkini dari iQiyi, pengalaman penstriman terpantas di Asia Tenggara!
  • Tontonan berkualiti tinggi: Resolusi Vide o1080P, Dolby Atmos
  • Mod pembayaran mudah: Kad kredit/debit utama, App/Play store, Pembayaran melalui bil telefon, e-wallets (ie: TnG)

Muat turun versi PDF di bawah.

Geran sehingga RM5,000

CATEGORIES