Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Pemilik Cawangan Restoran Bertukar ke Penghantaran Sayuran Segar - #KitaSapotKita

Sayur di mana saja: Rakan niaga Barn Farmer, Ken Fan menyusun sayur di restoran Ratatouille di Kuala Lumpur sebelum dihantar kepada pelanggan.

Oleh kerana sikap tidak mudah mengalah semasa pandemik melanda, 4 pemilik restoran ini memutuskan untuk mencuba benda baru dengan melakukan perkhidmatan penghantaran sayuran segar kepada penduduk Lembah Klang. Maka terhasillah Barn Farmer.

Pengurus pemasaran, Gary Giam memberitahu bahawa perkhidmatan ini baru bermula dua minggu lalu.

Idea untuk melakukan perkhidmatan penghantaran sayuran ini datang semasa Giam dan rakan niaganya perlu melakukan penghantaran makanan ke rumah demi memastikan restoran mereka dapat beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pelanggan yang memesan makanan mereka kerap bertanya bagaimana mereka boleh beroperasi apabila barangan runcit di pasar raya kian berkurangan.

Bila kami memberitahu mereka kami mempunyai pembekal tersendiri, pelanggan kami mula bertanya dapatkah kami menghantar sayuran segar dan daging kepada mereka.

Kami terus memutuskan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut kerana keadaan yang memaksa.

'Memang kami merancang untuk membuat penghantaran barang segar sewaktu kami mula-mula mengusahakan restoran.

'Bila PKP dilaksanakan, kami merasakan inilah masa terbaik untuk menjalankan perkhidmatan ini,' kata Giam.

Matlamat mereka ialah untuk melibatkan diri dengan peladang kecil yang tidak dapat menjual hasil mereka di pasar pagi dan malam kerana PKP.

Giam berkata sebagai seorang pengusaha restoran, mereka telah pun berhubung dengan peladang tersebut.

Untuk mendapatkan pelanggan bagi barang segar mereka, rakan-rakan niaga mereka perlu dihubungi melalui WhatsApp ke pengkalan data pelanggan yang dikumpul selama dua tahun melalui restoran mereka.

Di laman Facebook Barn Farmer, terdapat pelanggan yang memuat naik gambar hasil masakan mereka di rumah dengan sayuran daripada Barn Farmer.

Pemilik laman ini memenuhkan ruangan tersebut dengan video dan gambar sebagai sebahagian daripada cerita mereka.

Syarikat penghantaran terbaru dengan empat orang pekerja ini telah berjaya melaksanakan 40 penghantaran pada dua hari pertama operasi.

Lori seberat tiga tan akan pergi ke tiga ladang di Bentong dan Cameron Highlands, Pahang setiap hari.

Pemandu mereka memulakan perjalanan pada jam 6 pagi dan kembali ke Kuala Lumpu pada jam 10 pagi hari yang sama.

Barang segar tersebut kemudiannya dihantar ke restoran untuk dicuci dan dibungkus ke dalam bag 4kg yang mengandungi 15 jenis sayur yang berlainan.

Setiap bag boleh dibeli pada harga RM50 dan selalunya mengandungi sayuran popular seperti bayam, kobis cina, jagung, brokoli dan tomato.

Pada masa sekarang, kebanyakan pesanan mereka datang dari Kajang.

Untuk mengelakkan panggilan palsu atau pembatalan pesanan pada saat akhir, pelanggan perlu membayar terlebih dahulu melalui pemindahan bank dan mereka akan menerima resit melalui WhatsApp.

Bekalan perlu dibeli satu hari sebelum penghantaran untuk mengelakkan daripada sebarang pembaziran.

Kami faham bahawa PKP ini hanyalah sementara jadi kami mungkin perlu menukar model perniagaan setelah keadaan menjadi seperti sedia kala.'

Buat masa sekarang matlamat kami adalah untuk mengatasi krisis ini dengan membantu peniaga dan pelanggan kami daripada menunggu bantuan kerajaan untuk menyelamatkan kami,' kata Giam.


Artikel ini asalnya diterbitkan oleh The Star pada 7 April 2020.

CATEGORIES