Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

SuperSave merealisasikan impian dengan melangkah ke dunia digital

Penghuraian

SuperSave Group adalah sebuah kedai serbaneka berkonsep RM4.99 miliki keluarga Steven Pui sejak tahun 2001 di Kuching, Sarawak. Kini perniagaan SuperSave mempunya lebih daripada 40 buah cawangan di Malaysia.

Situasi

Akibat COVID-19, Encik Steven berdepan dengan kesukaran di mana perniagaanya tidak bersedia dari segi e-dagang. Menyedari tingkah laku pelanggan yang beralih ke pembelian dalam talian bagi mengekangkan penularan wabak, beliau juga bertekad untuk melangkah ke perniagaan digital. Tetapi hasrat beliau diduga kerana cawangan SuperSave yang terletak di Kuching tidak mempunyai liputan fiber menyebabkan sambungan internet di sana tidak stabil.

Menangani Cabaran

Namun beliau tidak mudah mengalah, beliau terus menerajui demi merealisasikan hasratnya. Beliau tetap menongkah arus perubahan dan menangani cabaran yang dihadapi dengan penyelesaian digitalisasi Maxis Business dan mendaftar Maxis Business 4G WiFi untuk cawangan SuperSave di Kuching untuk menjangkau transformasi perniagaan.

Peluang Baharu

Lanjutan daripada itu, beliau dapat melihat perubahan besar ke atas SuperSave yang kian berkembang maju dalam perniagaan digital sekali gus dapat meningkat produktiviti walaupun dalam pandemik. Beliau juga mengambil peluang berharga dengan menuntut dana sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi PKS menerusi Maxis. Proses pemohonan yang dilakukan begitu cepat dan mudah dengan bantuan Maxis SME Help Squad. Hanya dalam tempoh sebulan permohonan Encik Steven berjaya diluluskan.

Keberhasilan

Kini SuperSave dapat menikmati sambungan internet berterusan walaupun tidak berada dalam kawasan liputan fiber. Ia juga memberikannya manfaat bernilai dalam operasi perniagaan beliau kerana sambungan internet memudahkan penggunaan data dan melancarkan proses perniagaan dalam talian malahan prestasi kerja SuperSave bertambah lebih baik dan produktif.

Geran sehingga RM5,000


Seperti Encik Steven, anda juga boleh jadi UsahaWIRA


CATEGORIES