Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kembara ke arah Transformasi Digital: Pandu Arah untuk PKS

'Transformasi bukan mudah berlaku tanpa sebarang strategi. Organisasi tanpa strategi berkemungkinan besar akan terlepas pandang askpek operasi dan teknologi-teknologi individu'
– Ashish Deshpande

Satu masalah tentang PKS adalah mereka berat hati untuk mengadaptasi teknologi baharu. Walau bagaimanapun, pihak yang mahir teknologi mengadaptasi teknolgi semata-mata demi mengikut peredaran dan bukan atas sebab nilai untuk perniagaan. Untuk transformasi digital benar-benar berlaku, teknologi perlu memenuhi tujuan perniagaan yang lebih penting; contohnya, ia sepatutnya meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, mengembangkan tawaran perniagaan anda, dan memantapkan pengalaman pelanggan.

Hasilnya sangat berbaloi. Di Malaysia, eksklusif tahap C telah melihat pulangan jelas untuk pelaburan transformasi digital mereka. Dalam artikel sebelum ini kita telah mengetahui cara untuk menentukan lokasi semasa anda dalam kembara transformasi digital. Di sini kami telah menyediakan panduan untuk anda menuju ke lokasi yang anda mahu pergi. Kembara tersebut bermula dengan 5 langkah:

1. Kemas kini pemikiran anda

Langkah pertama adalah mengenal pasti transformasi digital bukan inisiatif IT sahaja. Ia adalah strategi perniagaan untuk kesinambungan dan keuntungan organisasi anda dalam tahun-tahun seterusnya atau berdekad lamanya. Meraih kesalinghubungan, kecekapan dan tahap ikatan pelanggan yang anda mahukan memerlukan input tanpa henti daripada semua aspek perniagaan anda, namun ia sebenarnya bermula dengan anda, ketuanya. Untuk melangkah ke 'zon' transformasi digital, biasakan diri anda untuk tanya tiga soalan bagaimana teknologi mampu:

  • Membantu mencapai matlamat perniagaan syarikat anda
  • Meningkatkan proses untuk seluruh jabatan syarikat anda
  • Memberikan lebih nilai untuk pelanggan

Pemikiran baharu ini akan membuka mata anda ke lebih peluang baharu yang akan datang sendiri pada waktu ini dan di masa depan.

2. Bersikap telus

Sekarang masih awal buat pasukan dan pemegang saham anda menyertainya. Di sinilah anda boleh memanfaatkan kemahiran PKS anda - ini bermakna mengubah hati dan minda bilangan orang yang lebih kecil lebih mudah berbanding perniagaan yang besar.

Tentangan dari pekerja adalah salah satu sebab utama insiatif digital gala, jadi pastikan semua pemegang saham mengetahui manfaatnya, bukan sahaja untuk syarikat, malah untuk kepentingan peribadi. Adakah transformasi akan memudahkan kerja mereka? Adakah ia mampu menggantikan tugasan bosan agar mereka mampu menumpukan pada aspek kerja yang lebih mencabar dan menarik? Jangan lupa untuk menangani ketakutan mereka; adalah biasa untuk setiap orang merasa bimbang tentang kemungkinan mereka akan diganti dengan teknologi, dan anda tidak mahu salah faham ini mensabotaj usaha anda.

Transformasi digital anda akan 1.5 kali untuk berjaya jika ia dikendalikan menerusi perusahaan. Mendapatkan kebenaran dari mula dan bawah demi mencipta budaya digital akan memastikan proses jadi lebih lancar pada peringkat seterusnya.

Peringatan: Transformasi digital adalah proses berterusan, dan perniagaan anda hanya akan jadi cekap jika pekerja anda tangkas, jadi pastikan anda berusaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar pasukan anda siap sedia bukan sahaja pada mental, malah dari segi teknikal untuk bersedia hadapi sebarang perubahan.

View through glass partition, Hispanic and Chinese businesswomen writing solutions on adhesive notes, smiling and cheerful
Dapatkan bantuan

Berdasarkan korporasi PKS Malaysia, empat sebab utama PKS tidak berani untuk menyertai transformasi digital adalah kerana:

  1. Kurang pembiayaan (49%)
  2. Kurang kemahiran yang betul (48%)
  3. Kurang pengetahuan apa dan bagaimana dalam teknologi (46%)
  4. Kurang implementasi pelan atau strategi (46%)

Bantuan terhidang untuk semua. Pertama sekali, sumbangan PKS kepada negara telah diakui dan terbukti. PKS merangkumi 98.5% perniagaan di Malaysia. Pada tahun 2017, mereka bertanggungjawab untuk 37% pertumbuhan GDP 2017 negara. Dengan sokongan yang betul, ada harapan besar peratusan GDP meningkat setinggi 41%. Geran Korporasi PKS Malaysia dan Pusat Inovasi yang akan datang bakal membantu dari segi dana dan pengetahuan. 

Sementara itu, rakan teknologi yang boleh dipercayai boleh menyediakan pemahaman jelas tentang teknologi, termasuklah ukuran risiko dan keselamatan, malah kos sebenar juga (Lebih banyak inisiatif, lebih banyak anda berjimat).

Keutamaan

Lakarkan teknologi ke dalam matlamat anda dan dapatkan input pasukan anda untuk inisiatif operasi (Sekali lagi, rakan teknologi boleh bantu anda dalam hal ini). Seterusnya, berikan keutamaan mengikut kepentingan dan kesegeraan.

Pastikan senarai anda mengandungi kemenangan impak tinggi mudah seperti pengautomatikan tugasan dan pemboleh komunikasi, akan membantu pasukan anda meraih keyakinan dan momentum. Sebagai contoh, PKS yang memanfaatkan media sosial dan e-dagang menyedari peningkatan dalam produktivit melebih 25%. Syarikat yang menggunakan penyelesaian pengurusan data perancangan sumber perusahaan (ERP), perisian pengurusan rantaian bekalan, dan penyelesaian khidmat pelanggan, mampu meningkatkan produktivi sehingga 60%.

Komited

Walaupun transformasi digital adalah dilaksanakan secara meluas oleh perusahaan, ia masih memerlukan kepimpinan anda untuk menerajuinya. Ini bermakna:

  • Tunjukkan keyakinan. Biarkan pekerja, pelanggan dan pemegang saham anda yang lain tahu anda berazam untuk melakukan apa yang diperlukan demi manfaat mereka dan kebaikan syarikat.
  • Bertindak. Ini termasuklah mencipta bajet yang merangkumi dana terutamanya untuk transformasi digital. Pastikan pelan implementasi anda mengandungi pencapaian dan KPI agar anda bolek ukur kemajuan.
  • Adaptasi, Kecekapan termasuklah memikirkan semua pelan transformasi digital sebagai dokumen nyata yang perlu diubah apabila diperlukan. Adalah disyorkan untuk anda mengkaji semula strategi anda secara bulanan atau mingguan.
  • Terus Mula. Tiada buruknya untuk memulakan kembara digital anda seawal mungkin.

Perkara paling penting adalah untuk mengambil langkah kecil ini. Perusahaan kecil dan sederhana menjana ekonomi negara, dan kerana itu adalah penting untuk PKS menganjak dari pemahaman salah tentang transformasi digital. Ia bukan untuk syarikat  besar sahaja - ianya juga berfungsi untuk pelbagai jenis saiz perniagaan, dan menjadi satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup jangka masa lama, tapi juga untuk pertumbuhan dan keselamatan.

CATEGORIES