Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kes kajian Maxis eCommerce: Bagaimana Fitness Concept Tingkatkan Jualan Online sehingga 515%

Kerancakan industri kecergasan di rumah semasa pandemik adalah peluang besar bagi peniaga. Ketika satu dunia berteduh di rumah, lebih ramai rakyat Malaysia menumpukan pada kesihatan dan kecergasan mereka. Dengan penutupan gim dan studio kecergasan, perubahan set minda ini mencipta permintaan berkembang untuk kecergasan dari rumah, lantas melonjakkan populariti barangan gim rumah.

Sebelum ini, rangkaian kedai pakar kecergasan - Fitness Concept Malaysia, sangat bergantung kepada konsultasi fizikal dan konsultasi dalam kedai. Walau bagaimanapun, apabila larangan keluar rumah dilanjutkan, syarikat ini mengalami cabaran untuk meraih pelanggan apatah lagi menggalakkan mereka membeli-belah di kedai dalam talian. Ketahui bagaimana Fitness Concept mencipta pengalaman khidmat pelanggan terunggul.

quote

"Dengan memahami keperluan pelanggan dalam setiap langkah perjalanan pembelian mereka, kami mampu memandu trafik dan menjana perkembangan dengan bantuan eDagang." - Au Yong Char Inn, CEO, Fitness Concept

Jalan Mara untuk Strategi eDagang yang berjaya

Dengan perubahan mendadak landskap pasaran dan tingkah laku beli-belah beberapa tahun ini, ia jelas menunjukkan rangkaian kedai pakar kecergasan Malaysia perlu untuk berevolusi demi memenuhi keperluan semasa pelanggan.

Bersama dengan pasukan tunjang Maxis eCommerce & Retail, Fitness Concept menaik taraf kedai web menerusi salah satu plaform global eDagang - Magento 2. Tambahan itu, mereka juga menambah baik strategi dalam talian dengan memerhatikan seluruh perjalanan pembelian, dan memastikan mereka mampu meraih pembeli berpotensi tinggi dan mengubah mereka menjadi pelanggan dalam talian.

Memanusiakan pengalaman beli-belah dalam talian

Kedai web Fitness Concept yang dinaik taraf memajukan cara pelanggan beli-belah dalam talian. Pengalaman navigasi yang diolah menjadikan pelayaran, menambah barangan ke cart, dan check out dalam talian jadi mudah dan lebih intuitif.

Kesenangan untuk menambah beribu produk ke dalam kedai web memperkasakan perniagaan untuk tingkatkan perkembangan dan skala dalam talian. Lebih-lebih lagi, pelanggan mampu untuk navigasi dengan mudah kedai dalam talian dan mencari produk dengan satu klik sahaja.

Sementara perkembangan Fitness Concept beberapa tahun lalu disumbang oleh khidmat konsultasi dalam kedai mereka, fungsi live chat telah dibina ke dalam laman web untuk memanjangkan khidmat ini kepada pelanggan dalam talian. Pelanggan boleh dapatkan jawapan untuk apa jua soalan dengan segera - terutamanya produk tiket besar, menerima konsultasi dan nasihat, dan membantu membuat keputusan pembelian dengan lebih yakin.

Strategi lain yang telah dijalankan oleh syarikat ini adalah menawarkan penghantaran pantas dengan menambah pilihan 'express shipping' serta khidmat tambahan seperti penghantaran ke pintu dan pemasangan & demonstrasi dalam rumah. Kini kedai dalam talian mereka telah beroperasi dan bersedia untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih efektif, dan langkah seterusnya adalah untuk membina kemunculan dalam talian dan memandu trafik ke kedai web.

Express Delivery Option

Untuk meraih kesedaran dan penerokaan, Fitness Concept membangunkan dan melancarkan iklan pemasaran digital di Facebook yang menekankan pembelajaran pelanggan terhadap produk mereka, termasuklah diskaun dan promosi untuk pelanggan baharu. Membina laman web yang betul adalah satu permulaan. Dengan lonjakan jumlah carian untuk penyelesaian "kesihatan dan kecergasan", syarikat ini perlu memastikan Fitness Concept kekal sebagai pilhan halaman carian paling terkemuka. Semua ini mustahil dengan carian organik dan berbayar.

Selain inisiatif ini, Fitness Concept berkolaborasi dengan atlet Malaysia dan bekas juara skuasy Datuk Nicol Ann David untuk memanfaatkan capaian media sosial beliau, menjana minat dan membina kepercayaan dan gembar-gembur dalam komuniti kecergasan.

The choice of a chmapion
Menjana impak dengan digitalisasikan kecergasan

Syarikat ini menunjukkan pengadaptasi dan ketangkasan adalah punca utama kepada kejayaan dalam talian mereka. Dengan melaksanakan strategi digital dan eDagang yang direka baik, serta strategi carian organik dan berbayar efektif yang melonjakkan trafik secara berkesan, mereka mampu menikmati perkembangan pada peningkatan jualan peralatan sebanyak 515%. Pengguna laman web, dan sesi laman web juga meningkat kepada 109% dan 118% bagi masing-masing.

Dengan cepat berevolusi dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan bantuan Maxis Business, Fitness Concept mampu merealisasikan matlamat syarikat untuk kekal utuh walaupun menghadapi salah satu tempoh global paling teruk. Sebab itulah baru-baru ini mereka dihargai dan dinobatkan sebagai pemenang Emas dalam Anugerah eDagang Asia 2021 untuk pencapaian perniagaan dalam talian mereka yang mantap.


Anda juga boleh, membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya seperti Fitness Concept dengan pasukan memenangi anugerah kami.


CATEGORIES