Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik

Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik 

sini.

Bagaimana Restoran Habib Mengembangkan Legasi Dengan Melangkah Ke Dunia Digital

"Tradisi kami berasal dari resipi keluarga yang menjadi kebanggaan untuk kami terus sajikan kepada masyarakat." - Encik Habib, pemilik Restoran Habib

Restoran Habib adalah rangkaian restoran yang popular di Johor Bahru, dan telah menyajikan warga tempatan dengan sajian lazat mereka semenjak 1974. Kisah perniagaan keluarga ini telah berkembang berdekad lamanya dengan 3 generasi dan semuanya bermula di Taman Iskandar, Pasar Pelangi. Hari ini, Restoran Habib mempunyai 10 buah cawangan di negeri Johor.

Situasi

Seperti perniagaan lain, Restoran Habib turut terkesan dengan wabak pandemik berikutan larangan pelanggan makan di restoran. 

Untuk memastikan Restoran Habib terus dapat melayani pelanggan, pemiliknya iaitu Encik Habib memutuskan untuk melangkah gagah ke dunia digitalisasi menerusi penggunaan penyelesaian baharu. 

Beliau bertekad untuk memastikan bahawa pelanggannya sentiasa dapat menikmati makanan kegemaran mereka walaupun larangan makan di restoran dilaksanakan. Justeru itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk menjaga pelanggan Restoran Habib dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran dan membungkus makan yang lancar. 

Cabaran

Ketika pertama kali menggunakan platform digital untuk penghantaran dan bungkus, beliau menghadapi kesukaran memuat naik semua hidangan di dalam platform tersebut. Beliau menyedari bahawa perkara ini mempengaruhi tingkah laku pembelian pelanggan kerana mereka cenderung membeli hidangan yang sama. 

Beliau juga menyedari betapa pentingnya untuk pelanggan ketahui kepelbagaian makanan yang mereka sajikan melalui gambar visual untuk memberikan pelanggan lebih banyak pilihan. 

Beliau memahami fakta asas: lebih banyak pilihan yang pelanggan ada, semakin besar kemungkinan untuk mereka membuat lebih pesanan. 

Kesukaran lain yang harus beliau atasi adalah perkhidmatan selepas jualan biasa dari beberapa platform penghantaran digital yang memberikan pengalaman yang kurang baik. Walaupun sebahagian daripadanya adalah platform terbaik, malangnya mereka tidak begitu memberangsangkan selepas penjualanan. 

Peluang

Encik Habib kemudian mendapatkan bantuan daripada Maxis SME Help Squad dan beliau dicadangkan untuk mendaftar Geran Digitalisasi PKS dan mendapatkan Cloud POS Lite, sistem pesanan dalam talian semua-dalam-satu yang sesuai untuk perniagaan F&B.

Lebih baik lagi, beliau hanya perlu menyediakan dokumen penting untuk Maxis SME Help Squad bantu beliau memohon dan menikmati penjiamatan kos sehingga 50% untuk penyelesaian Cloud POS Lite. 

Keberhasilan

Dengan Cloud POS Lite, Encik Habib dapat memenuhi hasrat beliau untuk memberikan pelanggannya menikmati pengalaman menjamu selera yang sama walaupun di rumah. Beliau juga dapat memuat naik kesemua menu dan menguruskan pesanan dalam talian untuk penghantaran dan bungkus dengan mudah hanya melalui satu platform.

Dengan peningkatan pesanan pelanggan, jualan Restoran Habib juga meningkat sebanyak 22%.

Kisah kegigihan Encik Habib amat dikagumi dan usaha beliau untuk terus menerajui perniagaan dengan penyelesaian digitalisasi yang tepat patut dijadikan contoh kepada para peniaga F&B.

Kini beliau juga berharap untuk mengembangkan legasi dan perniagaan keluarganya ke puncak lebih tinggi. 

Geran sehingga RM5,000

CATEGORIES