Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Transformasi UsahaWIRA Maxis: Digitalisasikan MYJ Naturalle

quote

"Saya memilih Maxis Business ini kerana ia menyediakan kemudahan transaksi dan tetap menerima sokongan dan perkhidmatan selepas jualan. Malah dengan Geran Digitalisasi PKS, ia ternyata mengurangkan kos kami, terutama dalam perkhidmatan digital." - Nurul Alam, Ketua Pegawai Eksekutif, MYJ Naturalle

Nurul Alam, Ketua Pegawai Eksekutif kepada MYJ Naturalle mula berkecimpung dalam perusahaan agromakanan sejak 2020 di Kota Kinabalu apabila dia mengambil alih legasi keluarganya yang diturunkan daripada datuknya. Kini pengusahaan dan penanaman nanas dan bendi yang dilakukan mengikut piawaian jualan keperluan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) ini dijalankan oleh Nurul Alam berserta abangnya secara kecil-kecilan.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan, ia membuatkan beliau mula berfikir bagaimana untuk terus meningkatkan jumlah pembelian tanaman yang diusahakannya. Ketahui bagaiamana digitalisasi membantu memasarkan produk mereka dengan kos yang rendah.

Berniaga bermula dari bawah

Selepas mereka berjaya mengusahakan penanaman nenas dan bendi tersebut, mereka terpanggil untuk mencuba mengendalikan kios makanan mini yang menjual dan memasarkan barang makanan dan minuman daripada produk tanaman kami sendiri. Dengan sokongan daripada ahli keluarga serta rakan, mereka mula dengan menjual produk tersebut kepada rakan terdekat dan menghantar ke kedai-kedai kecil di sekitar Sabah.

Desakan PKP memaksa mereka digitalisasi

Tidak siapa yang sangka wabak COVID-19 akan melanda satu dunia, dengan tempoh penularan yang agak panjang sudah tentu memberi kesan kepada masyarakat, terutama mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan seperti MYJ Naturalle. Perubahan ini lantas memaksa mereka menjual produk berkenaan di beberapa platform seperti Facebook, Instagram, Lazada dan Shopee demi menarik dengan cara baharu. Walaubagaimanapun, mereka kian sedar bahawa mereka memerlukan bantuan untuk menjadikan produk mereka lebih dikenali secara atas talian.

Maxis Business sedia membantu

Dari situ Nurul Alam memilih untuk mengikuti beberapa sesi konsultasi bersama Maxis Business SME Help Squad supaya dia dapat mengenal pasti cabaran perniagaannya walaupun pada mulanya beliau agak ragu-ragu kerana menganggap banyak penyelesaian yang sama di luar sana. Beliau memilih Maxis Business ini kerana ia menyediakan kemudahan transaksi dan tetap menerima sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Menerusi 'Digital Marketing Starter Kit', mereka kini dapat mengetahui cara untuk memasarkan produk di platform media sosial dengan pantas dan mudah selepas mengikuti beberapa sesi serta menerima pelbagai sokongan dan bimbingan. Malah dengan Geran Digitalisasi PKS yang memberikan dana digitalisasi sehingga RM5,000, kos tidak lagi menjadi masalah buat mereka.

Ingin bawa jenama ke peringkat antarabangsa

Setelah berjaya mendigitalisasikan MYJ Naturalle, Nurul Alam kini berhasrat untuk menjadi salah satu pengedar utama atau produk makanan proses yang sihat di Malaysia serta mahu mempunyai kilang pemprosesan sendiri yang mengikut piawaian. Malah, beliau juga mahu perniagaannya menembusi pasaran Brunei serta mengukuhkan bidang peruncitan dan membuka lebih banyak cawangan ke beberapa negara lain.

Jadi UsahaWIRA dengan Maxis Business dan digitalisasikan perniagaan anda secara pantas dan mudah.

Mulakan langkah digitalisasi anda dengan memohon Geran Digitalisasi PKS melalui Maxis Business. Terokai penyelesaian digital yang terbaik untuk perniagaan anda dan selaraskan penyelesaian digital itu dengan bantuan Maxis SME Help Squad.

Artikel ini telah diterbitkan oleh Berita Harian pada 30 Jun 2022.


Anda juga boleh mendigitalisasikan perniagaan seperti MYJ Naturalle dengan bantuan pakar kami yang hebat.


CATEGORIES