Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Bagaimana Berniaga Online Membuatkan Pelanggan kita Setia

Bagaimanakah jadikan pelanggan setia kepada kita?

Pengingatan dan penghargaan terhadap pelanggan

00:00:20

Pelanggan tidak akan setia kepada peniaga jika peniaga hanya fokus kepada jualan tanpa memberikan tanda penghargaan kepada pelanggan.

 

Kepentingan nilai tidak ketara (Intangible Value)

00:01:10

Nilai tidak ketara bermaksud nilai yang tidak berwujud atau aset yang tidak bersifat fisik. Ia amat penting dan kita mesti bagi pelanggan faham betapa ikhlas kita hargai mereka.

 

Kena faham apa nilai “Value” yang kita boleh kongsikan dengan pelanggan

00:01:45

Perkongsian nilai tidak ketara seperti adab penghormatan, mendengar dengan sepenuh hati, dan lain-lain amat penting dalam memastikan pelanggan setia kerana ia akan membuatkan pelanggan rasa hargai. 

Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu ‘engagement’ atau hubungan yang melangkaui perhubungan antara perniaga dan pelanggan.

 

Cara-cara untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada kita

00:02:55

Kita boleh cuba dekatkan jarak kami bersama pelanggan melalui perkongsian FB Live, mewujudkan sesi perbualan ataupun perkongsian dengan video.

Ia amat penting untuk memendekkan jarak kita, walaupun itu hanya sesi perbualan yang biasa.

Dengan ini, hubungan kami akan bertambah rapat dan mereka akan sentiasa cari kita. Lebih lagi, mereka akan rekomen kita kepada orang lain jika ditanya yang mana boleh dapatkan produk berkaitan yang boleh dipercayai.

Kalau kita jalankan semua usaha secara konsisten, barulah customer percaya dengan kita dan mulakan bersetia kepada kita. Mereka akan menjadi referral yang paling setia bukan sekadar gunakan produk kita, tetapi turut bersetia kepada jenama kita.


You too, can be a hero of digitalisation.


Get up to RM5,000 off now

CATEGORIES