Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Cara-cara Memanfaatkan Geran Pendigitalan PKS MDEC

Geran Pendigitalan PKS Untuk Bantuan Peniaga Online

Tahukah anda- Pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS) seperti anda kini boleh memohon geran berjumlah sehingga RM5,000. Ini bukan mitos semata-mata.

Anda pasti tertanya bagaimana Geran Pendigitalan PKS boleh membantu perniagaan anda, terutamanya sekarang di mana kebanyakan pelanggan melakukan pembelian dari rumah. Sebelum kita ke topik itu, mari kita mengetahui lebih lanjut tentang apakah sebenarnya Geran Pendigitalan PKS MDEC.

Apakah Geran Pendigitalan PKS MDEC?

Berdasarkan Bajet 2020, kerajaan telah menemui satu peluang untuk menghulurkan bantuan untuk perniagaan kecil dan sederhana supaya terus maju menggunakan teknologi pendigitalan. Demi menggalakkan lebih ramai peniaga tempatan menceburi teknologi terkini, kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM150 juta dibawah skim Geran Pendigitalan PKS dalam Bajet 2021 sebagai geran bantuan perniagaan.

Kerajaan akan menyediakan 50% geran yang nilainya bersamaan sehingga RM5,000 pada setiap syarikat untuk menceburi pendigitalan perniagaan sebagai satu langkah penyelesaian. Peruntukan terkumpul geran bantuan perniagaan ini adalah berjumlah RM500 juta untuk selama lima tahun, dan terhad kepada 100,000 pemohon pertama yang berjaya.

MDEC juga memikul tanggungjawab untuk memastikan bantuan untuk perniagaan kecil dan sederhana disampaikan dalam bentuk alatan dan penyelesaian yang betul untuk membantu mereka mendigitalisasikan operasi perniagaan mereka.

Selain itu, kerajaan telah mengenal pasti tujuh rangka utama untuk digitalisasi yang perlu diadaptasi oleh PKS, iaitu:

  • Pemasaran Digital dan/atau Jualan
  • Sistem Electronic Point of Sales (e-POS)
  • Sistem Pembayaran Sumber Manusia/CRM
  • Perolehan
  • eDagang
  • Kerja jarak jauh
  • Perakaunan dan Cukai/ERP
SME Digitalisation Grant Guide 2

Siapa yang layak memohon Geran Digitalisasi PKS?

Tujuan utaman geran ini adalah sebagai bantuan peniaga online; yakni mengubah perniagaan tradisional dengan teknologi digital, jadi perniagaan baharu tidak layak memohon. Pemohon mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan:

  • Didaftarkan dibawah Undang-Undang Malaysia yang berkenaan
  • 60% dimiliki rakyat Malaysia
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan
  • Kadar pulangan jualan tahunan minimum RM50,000

Jika syarikat anda memenuhi kriteria yang disebutkan di atas, anda kini boleh memohon untuk bantuan peniaga online ini dengan mengikuti langkah berikut:

Langkah 1 - Pilih sehingga 3 perkhidmatan berbeza daripada senarai penjual yang disahkan. Maxis adalah salah satu penjual yang disahkan dan mampu membantu memenuhi keperluan runcit dan eDagang anda.

Langkah 2 - Lengkapkan borang permohonan dan hantar bersama dokumen berkenaan ke cawangan Bank PKS atau BSN.

Langkah 3 - Sebaik saja permohonan diluluskan, bayar 50% jumlah invois kepada penjual.

Langkah 4 - Hantar bukti pembayaran kepada bank yang berkenaan.

Langkah 5 - Bank kemudiannya akan membayar baki 50% secara terus ke pembekal perkhidmatan.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

  • Satu salinan borang permohonan Inisiatif Pendigitalan
  • Satu salinan kad pengenalan atau pasport pengarah atau rakan kongsi syarikat, mana-mana satu yang berkenaan.
  • Satu salinan lesen pendaftaran perniagaan (CCM, Borang A/B, Borang 24 & 49, dan M&A atau borang yang sama dengannya dibawah Akta Syarikat 2016)
  • Satu salinan penyata bank syarikat bagi 2 bulan sebelumnya.
  • Invois dan persetujuan perkhidmatan daripada senarai peniaga yang diluluskan dibawah MDEC.
  • Dokumen tambahan yang mungkin diminta oleh pihak bank (jika berkenaan).

Bagaimana geran membantu perniagaan anda?

Ayuh kita lihat pada 3 senario untuk fahami lebih lanjut cara anda boleh memanfaatkan geran sepenuhnya.

Senario 1: Berbelanja dengan had

Seorang peniaga PKS menghubungi 3 penjual dan memohon untuk tiga perkhidmatan berbeza. Perkhidmatan pertama berharga RM5,000, yang kedua adalah RM3,000 dan ketiga pula RM2,000 dengan jumlah keseluruhan adalah RM10,000, dengan itu peniaga tadi layak untuk menerima jumlah penuh geran iaitu RM5,000.  

Senario 2: Berbelanja melebihi had

Seorang peniaga PKS berbelanja RM12,000 untuk sebuah penyelesaian dan membayar RM7,000 tapi bukan RM6,000 (50%), hal ini kerana jumlah geran terhad kepada RM5,000. Jadi, peniaga tadi juga telah menggunakan jumlah penuh had geran.  

Senario 3: Berbelanja kurang dari had

Seorang peniaga PKS membeli penyelesaian bernilai RM4,000. Ini bermakna syarikat perlu membayar setengah harga (RM2,000) dan bakinya pula dibayar menggunakan geran (RM2,000). Dalam kes ini, peniaga tadi tidak menggunakan baki bernilai RM3,000.

Soalan umum mengenai Geran Digitalisasi PKS MDEC

  1. Berapa jumlah permohonan boleh dibuat menerusi geran?
    Setiap organisasi dibenarkan untuk satu permohonan sahaja, tapi setiap permohonan merangkumi sehingga tiga penyelesaian digital.

  2. Bilakah tarikh tutup permohonan?
    Tempoh geran bermula daripada 17 Februari selama lima tahun atau setelah permohonan mencapai jumlah 100,000.

  3. Adakah saya perlu membayar yuran?
    Permohonan geran adalah percuma. Tapi permohonan yang berjaya dikehendaki membayar 50% kos mendapatkan penyelesaian untuk menyamakan jumlah geran.

  4. Apa syarat lain yang perlu saya ketahui?
    • Syarikat PKS bertanggungjawab untuk melatih diri/staf dan melaksanakan langkah penyelesaian
    • Pihak Bank akan meminta bukti pengaktifan, jadi penting untuk anda menyimpannya.
    • Syarikat PKS dilarang untuk menggunakannya untuk tujuan aktiviti berunsur haram
    • Perkhidmatan digitalisasi berdasarkan langganan juga boleh dibayar menggunakan geran tapi ianya hanya untuk 5 tahun pertama dan bukan tahun-tahun yang berikut.

Anda kini bersedia untuk digitalisasikan perniagaan anda!

Maklumat Tambahan tentang Geran Bantuan Perniagaan

Jika anda tidak pasti dan mempunyai soalan lain, hubungi sahaja kami di:

  1. Hubungi Maxis Help Squad kami untuk mereka bantu anda dalam perjalanan digitalisasi anda di 1700-818-881
  2. Layari business.maxis.com.my untuk info lanjut
  3. Hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di 1-300-88-1900
  4. Hubungi Bank PKS di 03-26037700

 

Pakej Tambahan PEMERKASA

Peruntukan berjumlah RM1.5 bilion untuk perusahaan yang layak dibawah Program Pemerkasaan Strategi Ekonomi dan Orang (PEMERKASA) akan memanfaatkan sehingga 1 juta peniaga kecil-kecilan. Perusahaan yang layak akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan baki RM500 pada bulan Julai nanti.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang inisiatif terkini, ketahui cara untuk mohon, dan periksa status kelayakan anda, layari https://gkp.hasil.gov.my/

CATEGORIES