Spark UsahaWIRA
Sertai persidangan maya percuma kami pada 24 & 25 Ogos 2021, 9:30 PG - 6:30 PTG
Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk pengguna Maxis Enterprise.
Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.
Ketahui info lanjut.Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.
Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.
Klik untuk Soalan LazimHi there, looks like you're browsing on Internet Explorer. For the best viewing experience on our website, switch to the latest version of Microsoft Edge, Google Chrome, or Mozilla Firefox.
Ketahui pengalaman unik dari pemacu industri terkemuka bagaimana mereka menggapai kejayaan menerusi laman digitalisasi.
Pelbagai kelas master mengenai cabaran perniagaan masa kini untuk menjangkau pelanggan baharu melalui media sosial dan menjual dalam talian.
Mulakan perjalanan digital anda dengan Panduan Kickstart Digital kami yang telah dicuba dan diuji untuk mendigitalkan perniagaan anda.
Jalin rangkaian dan dapatkan nasihat perniagaan dari peneraju industri menerusi perbincangan Live video & audio di lobi maya komuniti UsahaWIRA.
Sertai persidangan maya ini untuk memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih daripada RM4 juta!
Ayuh berinspirasi bersama kisah kejayaan UsahaWIRA yang berhasil menempuh cabaran perniagaan menerusi teknologi. Hadiri bengkel maya percuma bersama rakan industri seperti MDEC, Astro, Facebook, TikTok dan Google untuk menjangkau transformasi.
Bual bicara bersama pemacu industri terkemuka tentang kebangkitan semangat keusahawanan, kelestarian ekonomi pasca pandemik, peranan hebat teknologi, trend dan cabaran serta peluang yang terdapat dalam e-dagang untuk anda terus melakar sukses.
24 OGOS 2021
9:30 – 9:38 PG
Ucapan alu-aluan oleh hos selebriti
Fizo Omar
9:38 - 9:45 PG
Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Maxis
Yang Berbahagia Tan Sri Mokhzani Mahathir
9:45 – 11:15 PG
Panel 1: Kebangkitan Semangat Keusahawanan dan
Kelestarian Pasca Pandemik
Yang Berbahagia Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL
Aireen Omar, Presiden, AirAsia Digital
Kenneth Soh, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia
11:15 – 11:45 PG
Bersama UsahaWIRA Menerokai
Potensi Digitalisasi oleh Maxis
11:45 PG – 12:15 TGH
Kisah Inspirasi Kejayaan oleh MDEC
12:15 – 12:45 TGH
Pasca Pandemik COVID-19:
Peluang Perniagaan, Cabaran dan Trend
dalam e-Dagang oleh Shopee
12:45 TGH – 2:00 PTG
Sesi Live Networking
Fizo Omar, Hos Selebriti
(12:45 TGH - 2:00 PTG)
Sarancak, Hos Selebriti
(9:30 PG - 6:30 PTG)
2:00 – 3:30 PTG
Panel 2: Pemerkasaan Keusahawanan Wanita dalam
Norma Baharu
Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC
Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah
Rajifah Ramli, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif DATA8 Sdn. Bhd.
Erma Fatima, Pengasas, Mak Cun
3:30 – 4:00 PTG
Memotong Kekacauan Melalui
Pemasaran Kandungan oleh Astro
4:00 – 4:30 PTG
Bagaimana Facebook
Dapat Meningkatkan Bisnes Anda
4:30 – 5:00 PTG
Peluang & Potensi Pasaran Online
Untuk Perniagaan Terus Berkembang
oleh Momentum Internet
5:00 – 5:30 PTG
Hobi Membuat Lilin Menjadi Perniagaan,
Dengan Sedikit Bantuan Dari Google
5:30 – 6:00 PTG
Kisah Inspirasi Kejayaan oleh AmBank
25 OGOS 2021
9:30 – 10:30 PG
Kepentingan Membawa Perniagaan Anda
Dari Luar Talian ke Dalam Talian oleh Maxis Business
10:30 – 11:30 PG
Sesi Bengkel oleh MDEC
11:30 PG – 12:30 TGH
Mudah Bersama Microsoft:
Kembangkan Bisnes Anda Lebih Produktif dan Selamat
12:30 TGH – 2:00 PTG
Sesi Live Networking
2:00 – 3:00 PTG
Berkembang Bersama TikTok
3:00 – 4:00 PTG
Tonjolkan Perniagaan Anda Dalam Talian
Melalui Google My Business
4:00 – 5:00 PTG
Pelanggan Dalam Talian & Tukar
Kepada Jualan oleh Momentum Internet
5:00 – 6:00 PTG
Ketahui Cara Berjaya Dalam E-dagang oleh Shopee
Maxis
5 x OPPO Reno 10X Zoom
5 x Penyelesaian Enterprise SMS percuma bernilai RM3000
5 x Sesi perundingan Strategi Digital percuma
Astro
10 x RM400K pakej pengiklanan
AmBank
3 x RM10,000 Duit Start-Up menerusi akaun AmAccess Biz
iQiyi
5 x Akses VIP iQiyi (1 tahun)
Microsoft
2 x Microsoft Surface Go
Viu
5 x RM100K pakej pengiklanan
Maxis
5 x OPPO Reno 10X Zoom
5 x Penyelesaian Enterprise SMS percuma bernilai RM3000
5 x Sesi perundingan Strategi Digital percuma
Astro
10 x RM400K pakej pengiklanan
AmBank
3 x RM10,000 Duit Start-Up menerusi akaun AmAccess Biz
iQiyi
5 x Akses VIP iQiyi (1 tahun)
Microsoft
2 x Microsoft Surface Go
Viu
5 x RM100K pakej pengiklanan
Dan banyak lagi!
Maxis
5000 x RM100 kredit iklan untuk
kegunaan Maxis Digital Marketing
Starter Kit
AmBank
1000 x RM20 ganjaran tunai menerusi akaun AmOnline
USD49 baucar untuk ujian
Facebook Blueprint
iQiyi
RM5,000 pakej pengiklanan iQiyi
Momentum Internet
5000 x baucar Kelas Roket Pemasaran
Momentum (RPM) bernilai RM499
Shopee
3000 x RM50 baucar iklan
Maxis
5000 x RM100 kredit iklan untuk kegunaan Maxis Digital Marketing Starter Kit
AmBank
1000 x RM20 ganjaran tunai menerusi akaun AmOnline
USD49 baucar untuk ujian Facebook Blueprint
iQiyi
RM5,000 pakej pengiklanan iQiyi
Momentum Internet
5000 x baucar Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) bernilai RM499
Shopee
3000 x RM50 baucar iklan
Dan banyak lagi!
*Tertakluk pada terma & syarat
Tuntut dana sehingga RM5,000 untuk perniagaan anda
Baca lagi
Ambil bahagian dalam Penilaian Indeks Kesediaan Digital kami
Baca lagi
Ketahui cara UsahaWIRA hebat melakar sukses
Baca lagi
Penyelesaian semua-dalam-satu untuk perubahan perniagaan
Baca lagi
Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
Dato' Suriani berpengalaman luas dalam dasar dan rundingan perjanjian perdagangan antarabangsa, perancangan korporat dan pelbagai pengalaman di Kementerian. Kini, Dato' Suriani merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sejak 4 November 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif
MDEC
Surina menghabiskan 17 tahun di JPMorgan Chase & Co., bank terbesar di Amerika. Dia bertugas sebagai Ketua Strategi, Inovasi & Pengurusan Perniagaan untuk Perbankan Pasaran Tengah, Ketua Strategi Perbankan Komersial, Ketua Staf kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Perbankan Pelaburan Sumber Asli. Pada tahun 2018 dia memulakan SheNovation Ventures.
Pengerusi Lembaga Pengarah Maxis
Tan Sri Mokhzani bin Mahathir merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Maxis. Seorang jurutera petroleum yang berkelayakan, beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai jurutera luar pesisir dengan Sarawak Shell Berhad.
Beliau kemudian menceburkan diri dalam sektor pembuatan komponen, perkhidmatan minyak dan gas, kewangan dan penjagaan kesihatan.
Pengalaman korporat beliau yang luas merangkumi jawatan eksekutif utama di Pantai Holdings Berhad, THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad, Kencana Petroleum Berhad, selain menjadi pengasas bersama SapuraKencana Petroleum Berhad.
Pengurus Kanan (Pemasaran)
Shopee Malaysia
Mengetuai pasukan Kempen, Permainan dan Pemasaran Dalam Talian di Shopee Malaysia, Kenneth berkonsepkan dan mendorong strategi untuk membina penglibatan dan kesetiaan pelanggan. Sebelum ini, beliau adalah Ketua Shopee Mall Malaysia.
Sebelum menyertai e-commerce, Kenneth berada dalam perundingan pengurusan di seluruh Asia, Eropah, AS dan Australia serta jurutera di sektor tenaga di luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif
MyDIGITAL
Tuan Fabian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SCMO untuk menerajui perancangan dan pelaksanaan agenda MyDIGITAL berdasarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Malaysia dan pernah memegang jawatan Pengarah di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.
Pengasas
Telekung Siti Khadijah
Padzilah Enda, seorang usahawan dan pereka, mengasaskan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd yang kini mempunyai lebih daripada 200 pekerja tempatan.
Pada awal tahun 2018, Padzilah telah dianugerahkan The BrandLaureate SMEs BrandPreneur Award. Dia menjadi tokoh terkenal sebagai usahawan wanita yang berjaya, juga Pengasas kepada Srikandi Skills College, sebuah kolej jahitan dan kemahiran.
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
DATA8
Rajifah Ramli adalah Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Data8 Sdn Bhd, sebuah permulaan teknologi dalam bidang kesihatan. Dia baru-baru ini dilantik sebagai Ahli Panel untuk Geran R&D oleh MOSTI.
Dia juga merupakan Ketua Ahli Pengasas Kesihatan & Kesejahteraan, Program i-Connect, Ahli Jawatankuasa Persatuan Blockchain Akses (Malaysia) dan Anggota Majlis NEF.
Selebriti
Seorang pelakon & hos kelahiran Kelantan. Dia merupakan salah satu Usahawan Selebriti yang terulung di Malaysia. Fizo Omar juga pakar dalam bidang jualan, pemasaran & pengiklanan dalam talian.
Dalam jangkamasa 10 tahun Fizo menempah nama dirinya sebagai pakar dalam penjenamaan media social. Dia sering menjadi pembicara awam di pelbagai industri.
Pengasas, Mak Cun
Erma Fatimah seorang artis yang telah memenangi anugerah, Pengarah Filem, Penerbit dan Penulis Skrip. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Seorang usahawan berjiwa tinggi, Erma mempunyai beberapa Makcun Marts di Kuala Lumpur dan Kedah. Beliau banyak membantu memasarkan produk keluaran IKS dan mempunyai lebih kurang 400 produk IKS di bawah syarikatnya.
Presiden
AirAsia Digital
Aireen Omar adalah Presiden Airasia Digital. Beliau bertanggungjawab untuk strategi digital AirAsia, memacu inovasi dan menggalakkan kerjasama di seluruh perniagaan dan pasaran AirAsia.
Beliau mengawasi inisiatif besar serta strategi digital untuk mengubah Kumpulan AirAsia menjadi sebuah syarikat global, berasaskan cloud dan data.
Selebriti
Juga dikenali sebagai Sara Zulkifli, seorang hos digital dan tv, personaliti radio, content creator, pelakon, ibu muda dan pembuat roti separuh masa. Nampak macam terlalu banyak kan?
Tapi dia sangat seronok dengan kerjanya setiap hari! Hampir 10 tahun berada di dalam industri seni, dia dilahirkan untuk menjadi serba boleh. Cuma jangan bagi dia menyanyi lah..
Pengasas
Momentum Internet Sdn. Bhd.
Najib Asaddok adalah pengasas Momentum Internet Sdn. Bhd., jurulatih pemasaran digital & perunding dan pengarang beberapa buku pemasaran. Beliau telah melatih beribu-ribu usahawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei melalui latihan dalam talian di Facebook, YouTube dan e-mel.
Ketua Pemasaran & Jenama
Maxis
Tai telah bekerja keras selama 16 tahun menukar kemungkinan menjadi realiti. Hasil kerjanya jelas terlihat dalam bidang jenama, strategi dan komunikasi dalam Malaysia dan Singapura.
Beliau telah berkhidmat selama beberapa tahun dalam Maxis menguruskan perniagaan rumah sebelum menceburi pemasaran pada ketika ini.
Beliau percaya kunci untuk merungkai peluang bermula dengan perbincangan kesedaran diri kolektif dan kritikal, serta tulen. Beliau teruja ingin berbicara dengan mereka yang ingin berjaya.
Penyampai berita, Penerbit dan Wartawan
Astro Awani
Syed Farradino Omar, atau mesra dengan panggilan Dino, ialah seorang Penyampai, Penerbit dan Wartawan di Astro AWANI. Terkini, dia juga menggalas tanggungjawab sebagai Ketua bahagian acara digital yang dikenali sebagai LINC.
Sebagai seorang penyampai, pelbagai program telah dikendalikannya termasuk rancangan otomotif IN GEAR dan rancangan interaktif dwi-platform TV dan digital #PILIHANSAYA yang berkisar tentang Pilihan Raya Umum di Malaysia. Selain itu, perlabai program juga pernah diterbitkan olehnya, termasuk rancangan komedi lewat malam premier OBVIOUSLY HARITH ISKANDER. Sebelum ini, beberapa lagi program yang dihasilkan dan dihoskan olehnya termasuk IN PERSON, IN REALTY, BISNES ALTERNATIF, VIP AWANI dan TAMU AWANI.
Dalam usaha untuk memastikan Astro AWANI kekal kompetitif semasa mengharungi cabaran pandemik COVID-19, Syed Farradino Omar dipertanggungjawabkan untuk mengemudi unit bisnes baru, LINC. Melihat potensi untuk mewujudkan aliran pendapatan baru melalui penganjuran acara digital, dia menggalas portfolio baru ini dengan semangat berkobar untuk mengahwinkan pengalamannya mencipta kandungan yang menarik serta pengurusan perniagaan.
Pada masa lapang, Syed Farradino Omar amat berminat dengan fotografi, permotoran dan kembara. Dia memegang Ijazah Sarjana MBA dalam bidang Pengurusan Antarabangsa dari Royal Holloway, University of London, yang diperolehinya dengan biasiswa Chevening, serta Ijazah Sarjana Seni dalam bidang Komunikasi Visual dari University of Central England. Pernah juga bertugas di Eropah sebagai penyelidik, penulis dan penyelaras.
Minatnya untuk mengembara telah membawanya ke perlbagai negara di Asia, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Australasia. Dia yakin, setiap kisah yang dikutipnya sepanjang perjalanan menyumbangkan helaian baru inspirasi terkumpul yang bakal digubah untuk menjadi manuskrip baru di masa hadapan.
Pengurus Industri
Google
Karthik adalah Pengurus Industri di Google yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat sektor teknologi & telekomunikasi di Malaysia untuk memperkukuhkan strategi digital.
Karthik juga adalah pengasas 100percentproject.org, sebuah syarikat yang menghubungkan guru-guru di Malaysia dengan penderma individu atau korporat.
Selain itu, Karthik merupakan Ahli Felo Teach for Malaysia daripada kohort pertama, yang bertugas sebagai guru Matematik di sebuah sekolah yang berkeperluan tinggi.
Naib Presiden Nuldeaktiv
Astro
Norfuziana Ahamed memulakan kerjayanya di Astro 25 tahun yang lalu sebagai eksekutif penjualan dan berusaha untuk menerajui jawatan sebagai Naib Presiden - NuIdeaktiv sekarang. Pengalamannya dalam penjualan media merangkumi semua aspek dalam mendorong pendapatan termasuk strategi, brand komunikasi, inovasi dan transformasi digital. Kehebatannya di bidang ini telah membolehkan kecekapan kumpulan yang dimanfaatkan di seluruh syarikat.
Dia mempunyai pengalaman luas bekerja dengan pelanggan dari sektor Kerajaan; SMEs , GLC, perbankan, FMCG dan telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan banyak dari mereka melalui kerjasama yang kuat. Antara jenama yang pernah dikendalikan adalah seperti Maggi, Bank Kerjasama Rakyat, PTPTN, Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lagi. Kekuatan terbesar Fuziana adalah kemampuannya untuk berkomunikasi dengan semua pelanggannya, memperolehi kepercayaan mereka dengan memastikan kempen yang berkesan dan berdasarkan hasil. Dia berjaya mendapat persetujuan banyak pelanggan dengan cadangannya yang merangkumi penjenamaan, pertumbuhan penjualan dan pasaran baru.
Fuzi, seperti yang dia gemari, percaya bahawa emosi dan ‘engagement’ sangat penting untuk membina hubungan dan kepercayaan dengan pengguna dan dengan demikian secara konsisten mendorong 'penceritaan' dan inovasi bertaraf dunia untuk membina naratif dan mewujudkan kesan yang berkekalan dengan pengguna. Seperti yang selalu dia katakan, cari jalan penyelesaian sebenar untuk masalah itu dan anda akan mendapat peminat untuk seumur hidup.
Pemilik Lampu Cherita
Mohd Zaid Othman adalah pengasas dan pemilik Lampu Cherita dan penghasil lilin wangi tempatan yang juga berjaya menarik pasaran antarabangsa dengan pilihan pewangi lilin yang boleh disesuaikan sendiri.
Pelatih Sah Facebook
Mohsin Mokhtar adalah seorang Facebook Certified Trainer dan juga seorang usahawan sepenuh masa selama 15 tahun. Beliau memulakan perniagaan beliau di pasar malam sebelum Berjaya di arena export dan atas talian.
Ketua Jualan PKS - Selatan
Maxis
Hirman Mohamad Soh, Ketua Jualan SME, Wilayah Selatan, berpengalaman lebih 25 tahun dalam Industri Telekomunikasi.
Beliau telah berkecimpung dalam industri dan komuniti SME lebih dari 20 tahun dengan pengalaman luas dalam SME Mikro dari pelbagai industri dan bidang.
Beliau juga secara aktif terlibat dalam usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu SME memulakan perjalanan digitalisasi.
Ketua Pengurusan Pelanggan, e-Dagang & Runcit
Maxis
Sebagai ketua pengurusan pelanggan di Maxis eCommerce dan Retail, Asran Zakry, atau lebih dikenali sebagai Zak, bertanggungjawab atas kejayaan pelanggan eCommerce.
Dengan pengalaman lebih 14 tahun dalam pengurusan pelanggan pelbagai industri, Zak ingin membantu setiap pelanggan Maxis membawa perniagaan mereka online dan menceburi pemasaran digital.
Mahir Digital Bersama Pelatih Google
Google Malaysia
Hanis Jenalis adalah pengasas kepada Akademi BIT. Beliau merupakan penasihat latihan dan ahli strategi digital yang bersemangat.
Beliau juga adalah pakar dalam menukar perniagaan kepada ekosistem digital dan membina strategi perniagaan menggunakan platform digital. Beliau juga pakar dalam Google Trends, Google My Business dan Google Workspace.
Pengarah, Kumpulan Small Medium and Corporate
Microsoft Malaysia
Azizah Ali adalah Pengarah dalam bahagian Organisasi Kecil, Sederhana dan Korporat (“SMC”) di Microsoft Malaysia.
Dengan lebih dari 2 dekad pengalaman di dalam industri, Azizah adalah pemimpin and penasihat teknologi yang dipercayai oleh organisasi dan sektor awam di seluruh Malaysia, dalam membantu merealisasikan dan mencapai cita-cita transformasi digital mereka.
Pelatih ShopeeXpert
Shopee Malaysia
Nurafira Abdul Aziz (Ira) bermula dengan RM300 dan sebuah gudang berasaskan rumah dan kini mempunyai pejabat 3 tingkat merangkap gudang, sebuah kedai runcit dan pusat servis kurier sehenti.
Beliau telah menjual di Shopee selama 4 tahun dan juga menyediakan latihan sebagai ShopeeXpert.
Pengurus Perkongsian Serantau, Pasaran Pertumbuhan
TikTok
Amar adalah sebahagian daripada pasukan Perkongsian Serantau di TikTok, dengan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pertumbuhan dalam pasaran baru muncul di Asia Tenggara.
Tanggungjawab utama beliau adalah untuk menerajui pengaktifan pemasaran jenama & prestasi dengan pelanggan yang berkembang pesat dari pelbagai menegak industri.