Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kami sedia membantu perniagaan anda

Soalan Lazim

Digital Workspace

  • Digital Workspace ialah penyelesaian IT di tempat kerja yang membantu bisnes anda untuk mengoptimumkan sumber & aset IT sementara memberikan pekerja anda peranti gred perniagaan, alatan produktiviti cloud & ketersambungan untuk mencapai hasil yang memuaskan untuk bisnes anda.

  • Secara purata, proses ini mengambil masa 10 sehingga 15 hari bekerja untuk menghantar laptop dan melakukan servis di lokasi pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, setiap gangguan berkaitan rantaian bekalan global yang tak dapat dielakkan mungkin akan memanjangkan tempoh penghantaran. Kami akan memberitahu anda jika terjadinya perkara sebegitu.

  • Tiada, anda boleh memesan mengikut jumlah yang anda mahukan daripada satu pelan dan lebih.
    Tambahan pula, kami menawarkan khidmat penyesuaian untuk pesanan yang berkuantiti lebih daripada 50 unit. Sila beritahu keperluan anda kepada kami dan kami akan mengemukakan cadangan yang bersesuaian.

  • Sepanjang tempoh kontrak selama 36 bulan, anda tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang naik taraf atau turun taraf pelan yang melibatkan penukaran peranti. Walaubagaimanapun, selepas tamat tempoh kontrak, anda bebas untuk memilih sebarang pelan yang bersesuaian dengan keperluan bisnes anda.
    Sepanjang tempoh kontrak, anda boleh menaik taraf Microsoft 365 Business yang didatangkan bersama pelan tersebut.

  • Maxis Digital Workspace ialah satu-satunya penyelesaian IT tempat kerja yang komprehensif di Malaysia yang bukan sahaja untuk peranti, suite produktiviti & pengurusan perkhidmatan, malah ketersambungan juga. Kami menggunakan cara yang terbaik untuk melindungi data syarikat anda dan mahukan pekerja anda untuk merasa pengalaman kerja yang menyenangkan dengan technology refresh pada setiap 3 tahun. Selain diperakui rakan niaga Microsoft, kami juga berfungsi sebagai pusat sehenti ICT yang menawarkan pelbagai jenis penyelesaian digital seperti e-dagang, mPOS, cloud dan banyak lagi untuk membimbing anda ke arah transformasi digital.

  • Pemajakan laptop selalunya tertumpu kepada penyewaan peralatan dan tidak termasuk pengurusan perkhidmatan, ketersambungan & alatan produktiviti yang boleh didapati di dalam Digital Workspace. Selain itu, pelanggan mungkin perlu membayar baki jumlah peranti jika terjadinya kehilangan peranti, manakala Digital Workspace membenarkan penggantian sebanyak sekali dengan peranti yang serupa jika anda dapat mengemukakan laporan polis untuk kehilangan bukan atas sebab kecuaian.

  • Disebabkan kami membantu anda mengurus peranti tempat kerja dan memberikan bantuan IT terpusat, penjimatan boleh dilihat dari aspek kos operasi IT. Sumber yang dijimatkan dapat digunakan untuk perkara yang dapat memberi hasil kepada bisnes anda. Tambahan pula, pakej semua dalam satu ini menjadikan data internet 20GB lebih berpatutan berbanding dengan jika anda melanggan pelan telefon secara berasingan.

  • Penggunaan kali pertama: Konfigurasi sistem termasuk pengguna, kata laluan dan persediaan emel, sambungan mesin pencetak/pengimbas dan bimbingan untuk Microsoft Teams & simpanan OneDrive; dan migrasi data daripada stesen kerja sedia ada mengikut permintaan.
    Lawatan di lokasi tahunan: Lawatan setahun sekali untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan secara jarak jauh, atau melakukan penyelenggaraan pencegahan
    Waranti berserta bantuan hari beroperasi berikutnya: Apabila kami menerima permintaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan perkakasan peranti

  • Bagi lawatan di lokasi berkaitan penyelesaian masalah perisian & penyelengaraan pencegahan, setelah anda menggunakan servis percuma tahunan, anda perlu bersetuju untuk membayar RM150 untuk setiap lawatan.
    Bagi waranti peranti, bantuan hari beroperasi berikutnya tidak akan dikenakan sebarang caj kepada anda.

  • Anda boleh menghantar tiket di Maxis Business Hub atau hubungi meja bantuan di 1-800-82-1919 (masukkan pilihan 3) untuk bantuan.
    Meja bantuan kami beroperasi dari Isnin hingga Ahad kecuali Cuti Umum, dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.
    Kami bercita-cita untuk menjadi rakan niaga anda dengan memudahkan kerja anda tanpa perlu menghubungi pelbagai pihak untuk penyelesaian masalah.

  • Anda boleh terus melanggan dan menerima peranti model terkini berdasarkan pelan baharu pada waktu tersebut. Kami akan membantu anda untuk migrasi data daripada peranti sedia ada kepada yang baharu.
    Ataupun, anda boleh memilih untuk tidak memperbaharui langganan, kami akan mengatur untuk pemadaman dan pengambilan peranti. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk melanggan ke Microsoft 365 sebagai perkhidmatan mandiri di mana data syarikat anda akan kekal di dalam cloud.

  • Bundle laptop Lenovo ThinkPad dengan pelan ini direka khas untuk kegunaan bisnes dan mempunyai prestasi yang baik untuk produktiviti, keselamatan dan ketahanan. Oleh sebab itu, anda tidak lagi perlu menukar peranti secara kerap.
    Tambahan pula, kami melihat bahawa kebanyakan bisnes tidak menukar laptop sebelum 3 tahun jika ia masih berfungsi.

  • Jika kehilangan tersebut bukan atas sebab kecuaian dan anda dapat mengemukakan laporan polis, anda berhak untuk menuntut penggantian satu ke satu sebanyak sekali dengan peranti yang serupa sepanjang tempoh kontrak.

  • Tidak, kami tidak menjamin jenama atau model yang sama pada setiap masa, tapi kami akan memastikan peranti tersebut mempunyai spesifikasi perkakasan yang serupa atau lebih baik apabila kami menambahbaik pakej kami. Anda boleh menghubungi wakil jualan kami untuk mengenalpasti spesifikasi peranti terkini yang datang dengan pelan tersebut.

  • Hanya model Lenovo™ ThinkPad X13 dan Lenovo™ ThinkPad L14 Gen 2 yang dilengkapi dengan modem LTE terbina dalam. Untuk Dell Latitude 3420 dengan skrin sentuh, ia tersedia dengan Digital Workspace 239, pelanggan akan diberikan LTE USB Dongle bersama kad SIM.

  • Anda boleh log masuk ke akaun Maxis Business Hub anda untuk memperuntukkan data tambahan daripada Digital Workspace atau pelan Maxis Business Postpaid yang lain, atau anda juga boleh membeli pas data tambahan.
    Anda juga boleh melanggan ke Maxis Business Fibre untuk menaik taraf sehingga 8 unit laptop dengan data tanpa had

  • Trend Micro Worry-Free Business Security Service menggunakan teknik pembelajaran mesin untuk melindungi peranti anda dari malware dan memberikan keselamatan web yang diperlukan.
    VMware Workspace One membolehkan penguatkuasaan kata laluan pengguna, polisi peranti dan penyulitan cakera untuk mencegah kebocoran data.
    Microsoft 365 melindungi emel anda daripada spam, malware dan ancaman lain.
    Oleh kerana kecanggihan serangan siber, kami tidak dapat memberi jaminan bebas ancaman sepenuhnya dan penyelesaian masalah keselamatan secara penuh.

  • Versi web & telefon untuk Word, Excel, Powerpoint dan Outlook
    Teams untuk mesyuarat secara online, berhubung, berkolaborasi menggunakan perkongsian fail, pengurusan tugas dan lain-lain
    Hosting emel dengan peti mel 50GB (termasuk dengan nama domain .com percuma)
    Simpanan cloud OneDrive 1 TB
    Anda boleh memilih untuk menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi untuk menambah ciri-ciri lain

Sedia untuk daftar Digital Workspace?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business