Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kami sedia membantu perniagaan anda

Soalan Lazim

Pas DataRoam

  • Pas DataRoam ialah pas perantauan internet untuk melayari internet semasa anda berada di luar negara. Ia merupakan pas harian pada RM38/hari. Pas ini boleh didapati untuk Internet Mudah Alih & Broadband Tanpa Wayar.

  • Anda boleh menikmati pas data ini secara automatik pada RM38 setelah menggunakannya melalui penyedia perkhidmatan terpilih. Pastikan anda membuat perantauan dengan penyedia perkhidmatan yang betul untuk menikmati ciri-ciri ini. Anda juga boleh melanggan pas ini melalui:

    Aplikasi Maxis, pergi ke Lain-Lain > Kadar Perantauan; atau

    Easy Menu, hubungi *100# > 'Perantauan Antarabangsa' > 'Negara' dan pilih 'Beli Pas Data 1 hari'.

  • Kami akan memaklumkan anda melalui SMS setelah pas ini berjaya diaktifkan bagi langganan secara automatik ataupun manual. Anda juga boleh menyemak status melalui *100#.

  • Pas ini menawarkan Pelayaran Internet Mudah Alih apabila anda berada di luar negara. Pas ini membolehkan anda untuk melayari internet sehingga tengah malam di bandar utama negara yang dikunjungi setiap hari. Seperti pas domestik, Polisi Penggunaan Saksama 'FUP' tertakluk semasa merantau.

    Misalnya, setelah anda menghabiskan data penggunaan saksama tersebut, anda akan masih dapat melayari internet dengan kelajuan berkurangan.

  • Anda boleh menyemak dengan klik sini

  • Pas DataRoam ini berharga RM38 sehari. Pas ini sah sehingga tengah malam mengikut masa bandar utama negara yang dikunjungi. Contohnya jika anda berada di Australia, pas ini akan tamat pada 12 tengah malam waktu Canberra.

  • Anda masih boleh melayari internet dengan kelajuan yang berkurangan tanpa sebarang caj tambahan walaupun anda telah menghabiskan kuota data penggunaan saksama sehingga tamat tempoh pas tersebut.

  • Anda boleh mengembalikan kelajuan internet dengan membeli pas DataRoam baharu @ RM38/hari. Bagi melanggan, hubungi *100# > Perantauan Antarabangsa > Negara > Beli Pas Data 1 hari.

  • Pas ini akan tamat secara automatik setelah tamat tempohnya.

  • Tiada had pembelian pas yang anda boleh dapatkan sehari; pas ini boleh dibeli berulang kali. Contohnya, anda boleh menambah pas ini sebelum kuota data penggunaan saksama dicapai. Walaubagaimanapun, pas ini hanya sah selama 1 hari dan akan tamat tempoh pada tengah malam mengikut bandar utama negara yang dikunjungi.

  • Jika anda telah menghabiskan kuota penggunaan saksama anda dan masih melayari internet, kelajuan internet anda akan dikurangkan tetapi TIADA caj tambahan akan dikenakan.

  • Notifikasi SMS mengenai kuota yang kehabisan akan dihantar kepada anda setelah kuota dicapai dan internet anda akan dikurangkan kelajuannya; Maxis juga akan menghantar notifikasi SMS setelah tamat masa pas ini (pada 11:59PM waktu bandar utama negara dikunjungi). Anda juga boleh menyemak penggunaan pas & tempoh sah di aplikasi Maxis, atau Easy Menu dengan menghubungi *100# > Perantauan Antarabangsa > Semak Status.

  • Semua pas DataRoam termasuk pas tambahan & tambah nilai hanya boleh digunakan di negara yang dibeli. Contohnya, pas Singapura tidak boleh digunakan di Thailand atau negara lain.

    Jika anda mengunjungi beberapa negara dalam masa satu hari, anda perlu mengaktifkan pas DataRoam di setiap negara dan layari internet melalui penyedia perkhidmatan terpilih.

  • Tidak. Pas ini hanya untuk perantauan sahaja.

  • Bagi pengguna yang mempunyai lebih daripada satu SIM, perkongsian kuota untuk pas data perantauan kini boleh digunakan untuk SIM utama atau sekunder.

  • Anda akan menerima SMS Selamat Datang daripada Maxis setelah tiba di lokasi atau anda menukar ke Mudah Alih Maxis semasa membuat perantauan.

    Ia akan menyatakan jika pas DataRoam atau khidmat bayar dan guna tersedia di negara tersebut melalui SMS.

  • Caj guna dan bayar adalah RM38/hari.

  • Anda akan menerima notifikasi apabila data perantauan bayar dan guna anda melebihi had penggunaan; anda juga boleh mengubahsuai notifikasi ini. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.

    Pilihan had yang disediakan adalah:

    • RM200, RM300, RM500
    • RM300, RM500, RM800 (harga lalai)
    • RM500, RM800, RM1000
    • RM800, RM1300, RM2000

    Bagi tetapan had, hubungi talian Khidmat Pelanggan di *123# (PERCUMA) jika anda memerlukan bantuan.

    NOTA:
    Notifikasi ini akan dihantar setelah data perantauan bayar dan guna anda telah melebihi had yang ditetapkan kitaran bil.
    Bagi Pengguna Tablet: Jika anda menggunakan tablet dengan pelan data, anda juga boleh menerima notifikasi ini melalui nombor yang boleh dihubungi (CBR) anda.

  • DataRoam Add-On membolehkan anda menambah nilai kuota data semasa membuat perantauan.

  • Anda boleh melanggan melalui aplikasi Maxis.

  • DataRoam Add-On hanya boleh dibeli setelah anda mendapatkan pas DataRoam. Ia hanya boleh didapati untuk pengguna pascabayar.

  • Anda masih boleh melayari internet dengan kelajuan yang berkurangan atau anda boleh membeli pas DataRoam Add-On untuk mengembalikan kelajuan internet.

  • Anda boleh membeli Pas DataRoam Add-On baharu setelah kehabisan pas sedia ada, proses ini boleh diulang sebanyak mana yang anda mampu.

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business