Soalan Lazim

Perayauan Antarabangsa

  • Perayauan Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan Maxis Mobile Business Postpaid anda kekal berhubung selancarnya untuk panggilan, SMS dan data semasa berada di luar negara.

  • Perayauan Antarabangsa menghubungkan anda kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang mempunyai kerjasama dengan Maxis (rakan perayauan Maxis). Anda boleh membuat dan menerima panggilan, menghantar dan menerima SMS serta menggunakan data mudah alih di kebanyakan negara.

    • Pengaktifan & Akses: Tiada caj pengaktifan atau akses. Perkhidmatan perayauan akan kekal aktif setelah diaktifkan.
    • Panggilan: Panggilan keluar dan panggilan masuk dikenakan caj mengikut penggunaan.
    • SMS: Penerimaan SMS adalah PERCUMA. Penghantaran SMS dikenakan caj.
    • Data Perayauan: Pelbagai pas data perayauan tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
    • Pemajuan Panggilan/Peti Mel Suara: Panggilan yang dipajukan dan peti mel suara akan dicaj seperti panggilan masuk semasa perayauan. Anda disyorkan untuk mematikan ciri ini sebelum perjalanan.
  • Pastikan Perayauan Antarabangsa telah diaktifkan untuk talian Maxis Business Postpaid anda. Sila semak dengan pegawai yang bertanggungjawab (PIC) di syarikat anda dan minta mereka mengaktifkannya melalui Maxis Business Hub.

  • Maxis menawarkan pelbagai pas data perayauan. Jenis pas yang tersedia berbeza mengikut negara. Sila rujuk senarai rakan perayauan Maxis dan perkhidmatan yang tersedia di laman web kami di sini.

    1. Pastikan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa telah diaktifkan (semak melalui Maxis Business Hub dengan bantuan PIC syarikat anda).
    2. Semak jenis perkhidmatan dan kadar caj bagi negara destinasi anda, serta langgan pas data perayauan lebih awal. Ketahui cara menjadualkan pas anda di sini.
    3. Semak keserasian peranti anda dengan rangkaian di negara destinasi (contohnya, Australia memerlukan peranti 4G/5G yang menyokong VoLTE).

    Nota: Sesetengah kawasan mungkin mempunyai had perayauan (contohnya kawasan sempadan di Thailand serta Jammu dan Kashmir dan Assam di India).

  • Penerbangan: Hanya pas data perayauan Maxis Business tertentu yang meliputi sambungan dalam penerbangan. Pastikan Data Perayauan dimatikan atau aktifkan Mod Pesawat untuk mengelakkan caj yang tidak dijangka.

    Kapal Persiaran: Peranti anda mungkin bersambung secara automatik kepada rakan perayauan di pelbagai negara (termasuk melalui kemas kini aplikasi di latar belakang), yang boleh menyebabkan caj yang tidak dirancang. Matikan Data Perayauan apabila tidak diperlukan.

    Pas Perayauan: Semak sama ada semua negara dalam laluan kapal persiaran atau persinggahan penerbangan anda termasuk dalam pas yang dilanggan. Jika tidak, anda disyorkan untuk membeli Pas Data 1 Hari tambahan bagi negara yang tidak termasuk dalam pas tersebut.

  • Singapura baru-baru ini telah menaik taraf rangkaian 5G mereka. Perubahan ini telah menjejaskan ketersediaan perayauan 5G bagi sesetengah pengendali, termasuk kami.

  • Ya, perkhidmatan perayauan anda akan terus berfungsi seperti biasa. Jika 5G tidak tersedia, telefon anda akan disambungkan secara automatik ke rangkaian 4G/LTE, sekiranya liputan tersedia.

  • Ini disebabkan oleh perubahan rangkaian terkini di Singapura yang menjejaskan sokongan perayauan 5G. Ia tidak berkaitan dengan peranti anda.

  • Tiada perubahan diperlukan. SIM, peranti dan pelan perayauan semasa anda akan terus berfungsi seperti biasa.

Semasa di Luar Negara

    • Panggilan: Panggilan keluar dan panggilan masuk dikenakan caj mengikut penggunaan.
    • SMS: Penerimaan SMS adalah PERCUMA. Penghantaran SMS dikenakan caj.
    • Data Perayauan: Pelbagai pas data perayauan tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
    • Pemajuan Panggilan/Peti Mel Suara: Panggilan yang dipajukan dan peti mel suara akan dicaj seperti panggilan masuk semasa perayauan. Anda disyorkan untuk mematikan ciri ini sebelum perjalanan.
  • Gunakan tanda tambah (+) atau kod akses antarabangsa (00).

    Dail: +<Kod Negara><No. Tel>, kemudian tekan butang panggil.

    Kaedah ini boleh digunakan di semua negara yang mempunyai perkhidmatan Perayauan dan IDD yang aktif.

  • Gunakan Roam 120 untuk menikmati kadar yang lebih rendah apabila membuat panggilan ke Malaysia dari luar negara.

    Dail: *120*<kod negara><kod kawasan/awalan mudah alih><no. tel>#

    Nota: Tertakluk pada keserasian rangkaian mudah alih tempatan.

  • Sebelum mendarat: Kekalkan telefon dalam Mod Pesawat. Pastikan Data Perayauan dimatikan jika anda tidak bercadang untuk menggunakan data sebaik tiba.

    Selepas mendarat: Matikan Mod Pesawat. Telefon anda akan bersambung secara automatik kepada rakan perayauan pilihan Maxis. Anda akan menerima SMS Aluan yang mengandungi:

    • Ketersediaan perkhidmatan perayauan (suara, SMS dan data)
    • Maklumat rakan perayauan
    • Ketersediaan perayauan 5G (jika berkenaan)
    • Caj data perayauan atau pas yang tersedia
    • Cara menghubungi Maxis (*123#)

     

    Untuk panggilan dan SMS sahaja: Kekalkan Daya Perayauan dalam keadaan dimatikan.

    Untuk penggunaan data: Aktifkan Data Perayauan dalam tetapan telefon anda.

  • Kemungkinan puncanya adalah:

    1. Tetapan Data Perayauan: Pastikan Data Perayauan diaktifkan dalam tetapan telefon anda.
    2. Sambungan Rakan Perayauan: Pastikan telefon anda disambungkan kepada rakan perayauan yang betul (seperti yang dinyatakan dalam SMS Aluan).
    3. Ketersediaan Data Perayauan: Sesetengah negara (contohnya Myanmar) tidak menyokong data perayauan. Sesetengah kawasan (contohnya di selatan Thailand) juga mungkin mempunyai sekatan rangkaian setempat.
    4. Sekatan Disebabkan Caj Tinggi: Data perayauan mungkin disekat secara automatik di sesetengah negara bagi mengelakkan caj yang tidak dijangka atau terlalu tinggi.
    • - Pilih pas data perayauan yang paling sesuai terlebih dahulu melalui laman web Maxis, aplikasi Maxis atau Maxis Business Hub (melalui PIC syarikat anda).
    • - Jika tiada pas yang tersedia untuk destinasi anda, MATIKAN Data Perayauan dan gunakan alternatif lain.
    • - Elakkan membuat panggilan keluar dan menghantar SMS yang tidak diperlukan.
    • - Jangan jawab panggilan masuk yang tidak penting (penerimaan panggilan semasa perayauan dikenakan caj).
    • - MATIKAN Data Perayauan semasa dalam perjalanan seperti di atas kapal persiaran atau dalam penerbangan bagi mengelakkan caj mengikut penggunaan.
    • - Nota: Penerimaan SMS semasa perayauan adalah PERCUMA.

     

    Untuk lebih banyak panduan, klik di sini

  • Dail *123# menggunakan telefon mudah alih anda. Perkhidmatan ini adalah percuma.

Selepas Pulang Dari Luar Negara

    1. Matikan Data Perayauan dalam tetapan telefon anda sebaik sahaja tiba atau apabila ia tidak lagi diperlukan.
    2. Aktifkan semula peti mel suara dan pemajuan panggilan jika anda telah mematikannya sebelum ke luar negara.

Sedia untuk daftar bersama Perayauan Antarabangsa

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin hubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business