Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kami sedia membantu perniagaan anda

Soalan Lazim

Maxis Business Voice Go

  • Maxis Business Voice Go adalah penyelesaian perniagaan istimewa yang membenarkan peniaga-peniaga untuk melanggan nombor dalam maya tunggal dengan nombor 1700 Istimewa atau nombor 0X (nombor telefon talian tetap) dan pilih fungsi alihan yang anda mahu untuk menghantar panggilan masuk ke kumpulan talian mudah alih - jangan terlepas panggilan perniagaan dan izinkan panggilan dari syarikat anda dibuat menerusi telefon mudah alih Maxis dengan mendail *9 diikuti dengan no telefon dan nombor panggilan tunggal yang sama akan ditunjukkan pada telefon yang yang menerima panggilan.

  • Voice Go Lite and Voice Go 5 => Apabila seseorang hubungi nombor maya, panggilan akan dialihkan secara automatik ke kumpulan nombor mudah allih yang anda simpan dalam portal laman web Voice Go.

    Voice Go IVR and Voice Go Auto attendant => Apabila seseorang hubungi nombor maya, panggilan akan dialihkan ke ucapan syarikat yang memberikan anda pilihan untuk menghantar ke nombor mudah alih yang anda mahu di mana anda simpan dalam portal laman web Voice Go.

  • Alihan panggilan hanya terhad kepada nombor mudah alih Maxis sahaja.

  • Perkhidmatan ini dilengkapi dengan portal laman web Business Voice Go, portal pengurusan dalam talian. Selepas mendaftar perkhidmatan ini, emel dan SMS akan dihantar kepada orang yang bertanggungjawab (PIC) anda untuk memberikan ID dan kata laluan Admin untuk menguruskan berikut:

    Fungsi baharu ! Orang yang bertanggungjawab (PIC) yang didaftarkan kini boleh menambah/menukar/memadam PIC tambahan (sehingga 4) di portal Business Voice Go.

    Menu baharu – Pengurusan Akaun PIC – boleh diakses oleh pendaftar yang disahkan/Master PIC untuk kemaskini nama PIC, nombor telefon dan alamat e-mel.

    • Menetapkan dan mengemas kini nombor mudah alih untuk alihan panggilan
    • Pilih daripada polisi talian alihan; berurutan atau serentak
    • Menetapkan mel suara 789 berpusat Voice Go
    • Mengemas kini IVR dan Auto Attendant dengan rakaman ucapan syarikat, jadual cuti dan kerja, penetapan pad kekunci untuk jabatan atau lokasi syarikat.
    • Tetapkan semula kata laluan
    • Lihat sejarah log panggilan untuk panggilan tak dijawab, panggilan diterima dan panggilan yang dibuat.
    • Sejarah log perubahan yang dibuat pada portal laman web

    Klik sini untuk panduan pengguna portal laman web Business Voice Go

  • Hanya apabila pendaftar yang disahkan/master PIC memilih sehingga 4 PIC tambahan, mereka boleh menggunakan fungsi-fungsi berikut:

    • Log masuk, kod TAC, penetapan semula/terlupa kata laluan boleh dillaksanakan oleh PIC tambahan. PIC admin akan disediakan oleh Maxis dan tidak boleh ditukar.
    • Tetapkan dan kemaskini nombor telefon untuk pengalihan panggilan
    • Pilih daripada polisi pencarian; secara berturutan atau serentak
    • Tetapkan mel suara Voice Go 789
    • Kemaskini IVR dan Auto Attendant berserta sapaan syarikat yang dirakam, jadual kerja dan cuti, tetapan pad kekunci di bahagian atau lokasi syarikat.
    • Penetapan semula kata laluan
    • Lihat log panggilan untuk panggilan tidak dijawab, panggilan diterima dan panggilan keluar.
  • Ya, anda boleh membuat panggilan keluar apabila anda menyimpan nombor mudah alih Maxis untuk membuat panggilan keluar menggunakan portal Voice Go melalui Outgoing Number Management.

    Penerima panggilan akan dapat melihat nombor maya ini apabila anda menggunakan *9 di hadapan diikuti dengan nombor telefon untuk panggilan keluar (contoh. *901234567) dan panggilan keluar ini akan dicaj ke nombor maya Business Voice Go melalui akaun syarikat.

  • Pada mulanya, anda hanya boleh membuat panggilan keluar ke talian tetap dan mudah alih di Malaysia dengan menambah *9 sebelum nombor anda.

    Semua kadar panggilan keluar akan dicaj RM0.10 seminit (blok panggilan 20 saat) manakala kadar panggilan IDD bermula daripada RM0.08 seminit (blok panggilan 6 saat) ke talian tetap China dan Singapura. Untuk lokasi IDD yang lain dan kadar panggilan, klik soalan lazim IDD di sini.

  • Anda mesti melanggani sekurang-kurangnya satu talian mudah alih Maxis untuk perniagaan anda.

  • Langganan anda tidak mempunyai sebarang kontrak jangka masa minimum.

  • Setelah anda mendaftar untuk perkhidmatan ini, ia akan diaktifkan dalam masa satu hari. Kami akan menghantar e-mel dan SMS ke orang bertanggungjawab yang didaftarkan daripada 20010 dengan ID Admin dan Kata Laluan untuk portal pengurusan online baharu. SMS tersebut mempunyai format yang berikut.

    RM0. Business Voice Go:

    Perkhidmatan anda telah diaktifkan. ID Admin: PIC_XXXXXXXXXX Pwd:xxxxxxxxxx

    Untuk penetapan, layari https://www.businessvoice.maxis.com.my/voice_go

    Sila log masuk ke portal Business Voice Go untuk menukar kata laluan.

    Demi keselamatan tambahan, anda juga akan menerima kod TAC apabila anda menukar kata laluan yang akan dihantar ke telefon mudah alih anda.

    Business Voice Go boleh diakses di: https://www.businessvoice.maxis.com.my/voice_go/Help/HowtoUse.aspx

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business