Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Hasrat Fresh Life Water Resourse tercapai dengan digitalisasi

Penghuraian

Pada tahun 2017, Vincent Leng, seorang bekas jurutera yang kini usahawan muda mengambil alih Fresh Life Water Resources perniagaan OEM air botol mineral milik keluarganya yang berusia dua dekad lamanya.

Situasi

Tiga tahun kemudian pada bulan Mac 2020, perniagaan beliau mengalami kerugian oleh disebabkan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan penjualan beliau mengalami kerugian sebanyak 80%, di mana hasil yang diperoleh datang daripada industri perhotelan. Oleh hal yang demikian, kos penjualan mereka menjadi sifar buat pertama kali selama empat bulan dan produktif perniagaan terjejas. 

Menangani Cabaran

Ia memberikan kesan amat mendalam kepada perniagaan beliau kerana ia juga telah menjadi sebahagian daripada tanggugjawab beliau memastikan semua pekerjanya memperoleh pendapatan untuk menyara keluarga mereka. Demi menunaikan tanggungjawabnya, beliau berusaha untuk melaksanakan operasi penghantaran dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti dalam kalangan semua pekerjanya dengan penyelesaian digitalisasi Maxis Business.

Peluang Baharu

Beliau mendaftar Maxis Business Postpaid menerusi Geran Digitalisasi PKS menerusi Maxis dan menikmati penjimatan kos dengan dana sehingga RM5,000. Ia terbukti membuahkan hasil kerana beliau dapat melihat peningkatan jumlah kiriman, terutamanya sepanjang tempoh Tahun Baru Cina tahun ini. Apa yang beliau tidak sangka adalah perubahan besar terhadap tingkah laku pekerja-pekerjanya dan hubungan yang terjalin di pejabat. Mereka lebih kerap berkomunikasi antara satu sama lain.

Keberhasilan

Titik peluh Vincent demi memperjuangkan perniagaan keluarga dan pekerjanya membuahkan hasil peningkatan jualan tahunan sebanyak 25% berbanding tahun sebelumnya walaupun beroperasi dalam tempoh waktu sukar. Selain itu, beliau juga dapat membantu pekerjanya kembali berkhidmat membuat penghantaran untuk memenuhi pangkalan pelanggan baharu.

Geran sehingga RM5,000


Seperti Encik Vincent, anda juga boleh jadi UsahaWIRA


CATEGORIES