Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Ketabahan mendorong De’Xandra terus menerajui dalam norma baharu

Penghuraian

Jenama minyak wangi tempatan, De'Xandra telah melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan sejak 2015. Bukan sahaja menjadi pemacu utama dalam industri minyak wangi, De'Xandra juga menjadi perniagaannya sebagai tonggak utama dalam membantu komuniti demi memperoleh kejayaan bersama.

Situasi

Akibat PKP, ramai pekerja disarankan untuk bekerja dari rumah. Norma baharu ini menyebabkan pengasas De'Xandra, Puan Erna menghadapi cabaran dari segi mengekalkan kecekapan dan saling berhubung dengan kakitangan beliau.

Menangani Cabaran

Demi memastikan kakitangannya dilengkapi dengan kemudahan bekerja jarak jauh, beliau bertekad melangkah ke laman digital dan mendapatkan penyelesaian yang efisien agar kakitangannya dapat bekerja secara produktif di mana jua. Sifat Puan Erna yang menitikberatkan kakitangannya ini juga membolehkan perniagaan beliau kekal produktif walaupun berada dalam waktu yang sukar.

Peluang Baharu

Bagi Puan Erna, ia amat penting untuk memberikan kakitangannya pengalaman terbaik walapun bekerja jarak jauh dengan aplikasi produktiviti dan alat kolaborasi. Inilah yang mendorong beliau untuk mendapatkan bantuan daripada SME Help Squad untuk mendaftar Digital Workspace. Dengan bantuan Maxis SME Help Squad, beliau juga dapat mendaftar Geran Digitalisasi PKS dan menuntut dana sehingga RM5,000* sekali gus dapat menikmati penjimatan kos untuk perniagaannya.

Keberhasilan

Dengan Digital Workspace, kini De'Xandra dapat mengekalkan produktiviti perniagaan dan juga kakitangan dapat bekerja dengan lebih efisien. Lantaran itu, beliau juga dapat sentiasa berada di samping pasukannya dan bersama-sama terus menerajui ke puncak lebih tinggi.

Geran sehingga RM5,000


Seperti Puan Erna, anda juga boleh jadi UsahaWIRA


CATEGORIES