Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Menjangkau ke laman digitalisasi demi legasi perniagaan

Penghuraian

Pemborong VPS adalah pemborong bahan basah dan kering yang terletak di Johor. Pemiliknya iaitu Encik Mariapan yang membina perniagaan ini dengan sokongan berterusan daripada adik-beradik beliau untuk bersama-sama menjadikan Pemborong VPS sebuah legasi keluarga.

Situasi

Semasa PKP dilaksanakan, Pemborong VPS mengalami kesukaran menguruskan penghantaran dengan lonjakan pesanan yang diterima secara tiba-tiba daripada pelanggan. Ini menyukarkan Encik Mariapan melakukan pengurusan pesanan kerana perniagaan beliau mengamalkan pengambilan pesanan secara manual. Hal ini juga sedikit sebanyak menyebabkan perniagaan Pemborong VPS kurang efisen. 

Menangani Cabaran

Demi memartabatkan perniagaannya, beliau mencari jalan penyelesaian dengan mengambil langkah berani ke laman digitalisasi untuk menempuh cabaran yang dihadapi. Beliau memutuskan untuk terus menerajui dalam dunia perniagaan digital untuk mengembangkan perniagaan beliau dan juga membantu komuniti. 

Peluang Baharu

Menyedari cabaran yang dihadapi dan gagasan yang dimiliki oleh Encik Mariapan sememangnya membuahkan hasil lumayan untuk perniagaannya. Beliau mengambil peluang berharga untuk mendapatkan penyelesaian perniagaan digital dengan bantuan Maxis SME Help Squad. Beliau mendaftar Cloud POS Lite menerusi Geran Digitalisasi PKS dan menikmati penjimatan kos dengan dana sehingga RM5,000. Hanya dengan dokumen penting, Maxis SME Help Squad membantu beliau memohon dan meringankan beban yang dihadapi ketika pandemik melanda.

Keberhasilan

Kini Pemborong VPS dapat menguruskan pesanan dengan lebih efisien sekali gus meraih lebih pesanan daripada pelanggan. Ini juga memberikan kemudahan untuk pelanggannya membuat pesanan secara dalam talian dengan hanya satu klik. Dengan perubahan digital yang peluang berharga yang diambil, Encik Mariapan dapat mengatasi cabaran yang dihadapi dan kini peluang perniagaannya terus terbuka untuk melakar sukses.

Geran sehingga RM5,000


Seperti Encik Mariapan, anda juga boleh jadi UsahaWIRA


CATEGORIES