Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

LegendSan terus berbakti menerusi digitalisasi

Penghuraian

LegendSan Sdn Bhd dibina pada tahun 1988 dan hanya bermula dengan servis penyelenggaraan pokok. Selepas 11 tahun berkembang maju, kini kegiatan perniagaan utamanya adalah pembekal dan penyelenggaraan tanaman, perunding lanskap dan pertanian. Selain itu, LegendSan juga membuat program latihan B40 untuk membantu mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Situasi

Pandemik menyukarkan Dato' Sandra Sekaran, pemilik LegendSan untuk memantau kenderaan perniagaan semasa menjalani operasi perkhidmatan landskap serta menguruskan kenaikan kos akibat pendapatan perniagaannya yang berkurangan. Hal ini juga menyebabkan beliau berasa bimbang akan keselamatan pekerja-pekerjanya ketika memandu kenderaan perniagaan untuk melakukan operasi.

Menangani Cabaran

Menyedari cabaran yang dihadapi, beliau mengambil langkah untuk terus menerajui dengan mendapatkan penyelesaian digitalisasi daripada Maxis Business dan memastikan LegendSan kekal berkembang maju. Maxis SME Help Squad mengesyorkan beliau mendaftar mDrive untuk pengurusan kenderaan perniagaan yang lebih optimum serta menikmati penjimatan kos perniagaannya.

Peluang Baharu

Kini beliau dapat mengurangkan beban kerja yang sama dan menaik taraf peralatan yang lebih baik untuk operasi perkhidmatan dan penyelengaraan sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja-pekerja beliau. Bukan sahaja mengambil langkah berani, beliau juga mengambil peluang berharga menuntut dana sehingga RM5,000* daripada Geran Digitalisasi PKS menerusi Maxis. Dengan bantuan Maxis SME Help Squad, proses pemohonan Dato' Sandra berjalan dengan mudah dan lancar.

Keberhasilan

Dengan penjimatan yang disediakan daripada Geran Digitalisasi PKS menerusi Maxis, beliau dapat membayar gaji penuh kepada pekerja-pekerjanya bahkan juga dapat membantu dan terus menyediakan barang keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka dalam waktu sukar ini. Kini Dato' Sandra tidak perlu lagi berjuang untuk membantu individu lain dan menangani cabaran secara berseorangan kerana sokongan yang beliau miliki membolehkan beliau mengharungi setiap perubahan.

 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Geran sehingga RM5,000


Seperti Dato' Sandra, anda juga boleh jadi UsahaWIRA


CATEGORIES