Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kajian Kes Maxis eCommerce: MR.DIY

Jenama tempatan MR.DIY kini telah dikenali di serata Malaysia dengan kejayaan mereka. Kini, jenama ini dikenali sebagai jenana penambahbaikan kediaman terbesar di Malaysia dengan lebih 500 cawangan kedai. Setiap cawangan mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 10,000 kaki persegi untuk meningkatkan mutu pengalaman membeli-belah.

Langkah seterusnya bagi MR.DIY sudah pasti untuk mencuba eDagang, bermula dengan penjualan secara online. Walaupun MR.DIY mengumpul jumlah jualan yang tinggi di platform berikut, mereka juga menyedari akan kekurangannya justeru mereka memutuskan untuk membuka kedai web sendiri pada Jun 2018.

Apa yang mendorong mereka? Walaupun kedai MR.DIY merupakan simbol kejayaan mereka, mereka tidak dapat menampung jumlah pesanan yang besar dan jenama tersebut tidak dikenali di kawasan terpencil.

MR.DIY juga mengalami kesulitan untuk menjaga inventori mereka yang merangkumi 40,000 SKU dengan lebih 30 jenis produk daripada saluran online atau offline.

Mereka juga berdepan dengan cabaran lain iaitu tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan pelanggan online dan mewujudkan pengalaman membeli-belah online yang lebih bersifat peribadi.

Misi Baru

Apa yang ingin dicapai oleh MR.DIY ialah pengalaman membeli-belah berjenama yang lebih baik yang bukan sahaja merangkumi pelbagai platform, malah memenuhi pesanan pelanggan tidak mengira saluran. Matlamat utama ini penting buat mereka untuk meningkatkan jumlah pelanggan sebanyak 5% setiap bulan, meningkatkan jumlah jualan secara online dan offline.

Selain dari itu, MR.DIY juga ingin meluaskan SKU mereka sekurang-kurangnya 4,000 dalam masa setahun selepas pelancaran kedai web mereka dan membolehkan tahap inventori diselaraskan secara automatik.

Dengan jumlah inventori yang sangat tinggi, pastinya pelanggan akan menghadapi kesukaran untuk melayari laman tersebut apabila mereka ingin mencari produk tertentu. Pesanan pukal juga sering terganggu kerana kekurangan stok, menunjukkan bahawa mereka perlu memperbaiki mutu pengurusan inventori. Isu sebegini akan memberikan pengalaman membeli-belah yang tidak baik dan akan menjatuhkan kredibiliti jenama tersebut.

Salah satu sebab lain mereka memutuskan untuk melancarkan kedai web tersendiri ialah untuk memastikan mereka mampu menampung jumlah trafik yang tinggi, inventori yang besar dipadankan dengan aset media dan maklumat data pelanggan yang banyak. Secara purata, MR.DIY mempunyai jumlah pelanggan di kedai seramai 100,000 orang di 500 kedai setiap bulan. Jadi sudah pasti mereka perlu kedai web yang cekap.

Ia pasti sukar untuk diterima jika mereka tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan kerana kesulitan daripada kekurangan kedai web mereka seperti tidak dapat menampung jumlah trafik yang tinggi, justeru menjadikan kedai web mereka tidak dapat berfungsi dan akan menjejaskan keuntungan online mereka.

Maklumat data inventori yang besar juga menjadi salah satu cabaran buat mereka, seperti kelajuan masa pemuatan yang akan memberikan impak negatif kepada keuntungan online mereka.

Di kawasan terpencil yang tidak mempunyai kedai MR.DIY, ini bermakna mereka terlepas sebuah peluang perniagaan untuk mencipta keuntungan.

Walaupun kedai web membolehkan MR.DIY untuk diakses di mana saja, akses data mereka masih terhad. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mempelajari tindak-tanduk khayalak, menguruskan hubungan bersama pelanggan, membina kesetiaan jenama dan melancarkan kempen pemasaran digital yang bersifat peribadi untuk menjana keuntungan online.

mr diy
Rekaan mesra pelanggan

Maxis eCommerce telah mencipta kedai web yang lebih mantap untuk MR.DIY yang memenuhi segala permintaan dan masalah mereka. Ciri-ciri yang boleh didapati termasuk katalog online yang mudah diakses, terma penghantaran yang lebih tepat, serta pilihan Click & Collect (membolehkan pembelian dilakukan secara online dan pengambilan di kedai).

Kini pelanggan juga dapat membuat pesanan berskala besar dan mengambil pesanan di kedai pilihan mereka, dengan pilihan Penghantaran Ekspres (penghantaran hari sama) untuk pesanan berskala kecil dengan berat kurang dari 5kg.

Maklumat data inventori mereka yang besar juga kini boleh diuruskan melalui infrastruktur pelayan yang dicipta untuk diselaras secara online mengikut muatan trafik, memastikan laman web mereka boleh diakses dengan lebih pantas setiap masa. Sebuah content delivery network (CDN) juga akan menambahbaik masa pemuatan laman web dengan peningkatan kelajuan sebanyak 45%.

Akhir sekali, dengan mengintegrasikan warehouse management system (WMS) dengan content management system (CMS) Magneto 2 membolehkan jenama ini untuk menyelaraskan tahap inventori mereka secara automatik dan memenuhi pesanan tidak mengira saluran, melalui platform tunggal.

Pengalaman O2O yang lancar

Pilihan mereka ternyata tepat. Kini, jumlah pemerolehan pelanggan telah meningkat sebanyak 10% dengan keuntungan besar secara online pada bulan pertama. Hari ini, secara purata fungsi Click & Collect mereka menerima 600 pesanan setiap bulan.

Dikuasai oleh CMS Magneto 2, MR.DIY menggunakan fungsi penyesuaian, intergrasi dan pengskalaan untuk customer relationship management (CRM). Memadankan fungsi Magneto dengan analisa lebih mendalam, MR.DIY dapat memulakan kempen strategi insentif pembelian pertama.

Kempen ini ditujukan untuk pelanggan baru di kedai web mereka dan pelanggan yang pernah membeli di kedai MR.DIY.

Dilengkapi pemahaman yang lebih mendalam tentang khalayak online mereka dan keinginan untuk menjadi lebih relevan, MR.DIY telah bekerjasama dengan artis tempatan, Adibah Noor untuk kempen pra-pelancaran mereka.

Kempen ini telah meningkatkan jumlah pelanggan ke kedai sebanyak 5% dan peningkatan jumlah pesanan secara purata, dengan 500 pesanan diterima pada bulan pertama pelancaran kedai web mereka.

MR.DIY berjaya memberikan pengalaman O2O (online to offline) lebih unik dan lancar yang telah meningkatkan mutu pengalaman dalam pada masa yang sama menyeleraskan operasi B2B dan B2C.


Anda juga boleh, membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya seperti MR.DIY dengan pasukan memenangi anugerah kami.


CATEGORIES