Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kami sedia membantu perniagaan anda

Soalan Lazim

Pas Perayauan Berjadual

Schedule Roaming

  • "Jadual Pas Perayauan" ialah ciri baharu untuk menjadualkan pengaktifan pas perayauan pada tarikh tertentu. Pas akan diaktifkan pada pukul 12 pagi (waktu Malaysia) pada tarikh yang dipilih. Ciri ini tersedia di Maxis Business Hub dan boleh dibantu oleh orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda. 

  • Anda boleh jadualkan pengaktifan untuk pas perayauan data seperti berikut:

    • 7-Hari Pas Business Unlimited Data pada RM49
    • 30-Hari Pas Business Unlimited Data pada RM99
    • Pas Bulanan Business World Unlimited Data

    Pas ini tersedia untuk pelanggan Maxis Business Postpaid dan Maxis ONE Business.

  • Anda boleh mendapatkan bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk jadualkan kepada anda di Maxis Business Hub.

    • Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, cari nombor perkhidmatan yang memerlukan pas untuk dijadualkan.
      Klik di sini untuk daftar masuk
    • Langkah 2: Pilih "Akaun", kemudian "Akauan & Bil", dan pilih "Beli Pas Tambahan".
    • Langkah 3: Pilih destinasi dan pas perayauan data yang tersedia akan dipaparkan.
    • Langkah 4: Pilih pas yang anda mahu berdasarkan destinasi dan tempoh penginapan.
    • Langkah 5: Pilih tarikh untuk menjadualkan pas.
    • Langkah 6: Semak dan sahkan maklumat ringkas, i.e masa dan tarikh pengaktifan, dan masa dan tarikh tamat

    Ambil perhatian bahawa penjadualan tidak dibenarkan jika talian atau akaun Maxis disekat atau digantung.

  • Tidak perlu! Hanya hidupkan data perayauan anda dalam tetapan peranti semasa penginapan anda, dan  1-Hari Pas Business Unlimited Data akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data dikesan dan mencapai had yang telah ditetapkan.

  • Anda boleh mendapatkan bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk menjadualkan pas perayauan yang layak seawal 14 hari sebelum dan selewat-lewatnya 6 jam sebelum pukul 12 pagi (waktu Malaysia) pada tarikh pengaktifan pas yang diperlukan di Maxis Business Hub.

    Anda tidak perlu risau sekiranya gagal menjadualkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Untuk penggunaan pas data segera, anda boleh meminta bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk membeli bagi pihak anda atau menggunakan aplikasi Maxis untuk pembayaran dan aktifkan pas yang anda mahukan.

  • Anda tidak akan dikenakan caj semasa menjadualkan pas. Anda hanya dikenakan caj apabila pas berjaya diaktifkan.

  • Ya, anda akan menerima notifikasi SMS.

    Selepas penjadualan berjaya, anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kepada anda bahawa pas perayauan yang dipilih akan diaktifkan pada [Tarikh & Masa] dan Tamat [Tarikh & Masa].

    Anda akan menerima peringatan mengenai pengaktifan pas 24 jam sebelum masa pengaktifan pas yang dijadualkan.

    Anda juga akan dimaklumkan melalui SMS apabila pengaktifan pas berjaya atau gagal.

  • Semua pas yang berjaya dijadualkan boleh disemak oleh orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat di Maxis Business Hub.

  • Ya, anda boleh menjadualkan lebih daripada satu pengaktifan pas perayauan untuk tempoh lebih lama.

    Anda juga boleh menjadualkan pas berbeza untuk diaktifkan pada hari yang sama. Sebagai contoh, jika anda telah menjadualkan 7-Hari Pas Business Unlimited Data, dan cuba untuk menjadualkan 30-Hari Pas Business Unlimited Data untuk diaktifkan pada hari yang sama, anda dibenarkan berbuat demikian dan kedua-dua pas anda akan diaktifkan.

  • Caj RM38 akan dibatalkan jika 1-Hari Pas Business Unlimited Data diaktifkan seara automatik pada tarikh yang sama dengan pengaktifan pas perayauan yang dijadualkan.

  • Untuk sebarang perubahan pada jenis pas atau tarikh pengaktifan, anda boleh mendapatkan bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk menukar pas berjadual anda di Maxis Business Hub dan jadualkan pengaktifan baharu setelah pembatalan anda disahkan.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat membuat perubahan pada pas yang dijadualkan:

    • Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, pilih "Akaun & Bil".
    • Langkah 2: Pilih "Servis", kemudian "Pas Tambahan Aktif", dan "Pas Untuk Diaktifkan".
    • Langkah 3: Klik "Alih Keluar" untuk membatalkan. Apabila pembatalan berjaya, orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat boleh menjadualkan pas baharu.
  • Anda boleh meminta bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk membeli bagi pihak anda atau guna aplikasi Maxis untuk bayar sendiri dan aktifkan pas yang anda inginkan dengan segera.

    Untuk pengaktifan pas berjadual yang berjaya, pastikan talian/akaun semasa anda tidak disekat atau digantung.

  • SMS akan dihantar ke nombor mudah alih pengguna untuk memberitahu mereka mengenai pas gagal diaktifkan.

    Pada masa yang sama, orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat boleh mengesahkan status pengaktifan pas melalui Maxis Business Hub seperti langkah-langkah berikut:

    • Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, pilih "Akaun & Bil".
    • Langkah 2: Pilih "Servis", kemudian "Pas Tambahan Aktif".
  • Anda boleh membatalkan pas berjadual anda tidak kurang daripada 2 jam atau sebelum 10 malam pengaktifan pas berjadual.

  • Untuk membatalkannya, sila dapatkan bantuan daripada orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat anda untuk menamatkan pas di Maxis Business Hub.

  • Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dirujuk oleh orang yang
    bertanggungjawab ke atas syarikat untuk pembatalan:

    • Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, pilih "Akaun & Bil", kemudian "Pengurusan Perkhidmatan".
    • Langkah 2: Pilih "Perkhidmatan", Pas Tambahan Aktif", dan "Urus Pas Pembaharuan Auto Anda".
    • Langkah 3: Klik "Alih Keluar" untuk membatalkan.

    Ambil perhatian bahawa sebarang pembatalan pas berjadual hendaklah dilakukan tidak kurang daripada 2 jam atau selewat-lewatnya 10 malam sebelum pas Perayauan pada 6 pagi (waktu Malaysia) pada tarikh pengaktifan. Selain itu, mungkin terdapat penyelenggaraan sistem yang dijadualkan pada pukul 2 pagi hingga 7 pagi.

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business