Soalan Lazim
Pas Perayauan Berjadual
Schedule Roaming
-
Pas Perayauan Berjadual membolehkan anda menetapkan tarikh pengaktifan pas perayauan mengikut pilihan anda. Pas akan diaktifkan secara automatik pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ciri ini boleh digunakan melalui aplikasi Maxis atau dengan bantuan PIC syarikat anda di Maxis Business Hub.
-
Anda boleh jadualkan pengaktifan untuk pas perayauan data seperti berikut:
- Pas Data ASEAN 3 Hari hanya RM39
- Pas Data ASEAN 7 Hari hanya RM49
- Pas Data APAC 7 Hari hanya RM69
- Pas Data Berbilang Negara 15 Hari hanya RM99
- Pas Data Berbilang Negara 30 Hari hanya RM129
- Pas Data Tanpa Had Business World Bulanan hanya RM99, diperbaharui secara automatik setiap bulan
Pas ini tersedia untuk pelanggan Maxis Business Postpaid dan Maxis ONE Business.
-
Anda boleh menjadualkan mana-mana pas perayauan yang layak seawal 14 hari dan selewat 6 jam sebelum atau tidak lebih pukul 12am (waktu Malaysia) pada tarikh pengaktifan pas diperlukan di Maxis Business Hub atau aplikasi Maxis.
Jangan bimbang jika anda tidak dapat jadualkan pas perayauan anda dalam tempoh masa diatas. Untuk penggunaan pas data serta merta, anda boleh meminta orang yang bertanggungjawab di syarikat anda untuk membeli bagi pihak anda atau kunjungi aplikasi Maxis untuk membuat pembayaran sendiri dan aktifkan pas keinginan anda.
-
Terdapat dua kaedah untuk jadualkan pas perayauan:
- Melalui aplikasi Maxis – anda boleh jadualkan ia sendiri jika orang anda yang bertanggungjawab sudah membenarkan akses Charge-to-Bill untuk talian anda; atau
- Melalui Maxis Business Hub – minta orang yang bertanggungjawab di syarikat anda untuk aturkan pas bagi pihak anda.
-
Jika Charge-to-Bill telah diaktifkan, anda boleh jadualkan pas perayauan di aplikasi Maxis. Pergi ke bahagian Perayauan di laman utama anda, pilih pas yang diinginkan, klik Aktifkan Kemudian, dan pilih tarikh pengaktifan yang dikehendaki.
-
- Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, cari nombor perkhidmatan yang memerlukan pas untuk dijadualkan.
Klik di sini untuk daftar masuk - Langkah 2: Pilih "Akaun", kemudian "Akauan & Bil", dan pilih "Beli Pas Tambahan".
- Langkah 3: Pilih destinasi dan pas perayauan data yang tersedia akan dipaparkan.
- Langkah 4: Pilih pas yang anda mahu berdasarkan destinasi dan tempoh penginapan.
- Langkah 5: Pilih tarikh untuk menjadualkan pas.
- Langkah 6: Semak dan sahkan maklumat ringkas, i.e masa dan tarikh pengaktifan, dan masa dan tarikh tamat
Ambil perhatian bahawa penjadualan tidak dibenarkan jika talian atau akaun Maxis disekat atau digantung.
- Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, cari nombor perkhidmatan yang memerlukan pas untuk dijadualkan.
-
Tidak perlu. Hanya aktifkan data perayauan dalam tetapan peranti anda semasa berada di luar negara. Pas Data 1 Hari atau Pas DataRoam 1 Hari akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data dikesan dan mencapai had yang telah ditetapkan.
-
Anda tidak akan dikenakan caj semasa menjadualkan pas. Anda hanya dikenakan caj apabila pas berjaya diaktifkan.
-
Ya, anda akan menerima notifikasi SMS.
Selepas penjadualan berjaya, anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kepada anda bahawa pas perayauan yang dipilih akan diaktifkan pada [Tarikh & Masa] dan Tamat [Tarikh & Masa].
Anda akan menerima peringatan mengenai pengaktifan pas 24 jam sebelum masa pengaktifan pas yang dijadualkan.
Anda juga akan dimaklumkan melalui SMS apabila pengaktifan pas berjaya atau gagal.
-
Semua pas yang berjaya dijadualkan boleh disemak sama ada di aplikasi Maxis atau daripada orang yang bertanggungjawab di syarikat anda melalui Maxis Business Hub.
-
Ya, anda boleh menjadualkan lebih daripada satu pengaktifan pas perayauan untuk tempoh lebih lama.
Anda boleh menjadualkan pengaktifan pas yang berbeza pada hari yang sama. Sebagai contoh, jika anda telah menjadualkan Pas Data ASEAN 3 Hari dan kemudiannya menjadualkan Pas Data Berbilang Negara 15 Hari untuk diaktifkan pada hari yang sama, anda dibenarkan berbuat demikian dan kedua-dua pas akan diaktifkan.
-
Jika Pas Data 1 Hari diaktifkan secara automatik pada tarikh yang sama dengan pengaktifan pas perayauan yang telah dijadualkan, caj RM38 tersebut akan dikecualikan.
-
Di aplikasi Maxis, anda hanya boleh membatalkan pas perayauan yang telah dijadualkan. Untuk berbuat demikian, pilih pas perayauan pra-bayar dan klik "Batalkan Pas".
Jika anda ingin menukar jenis pas atau tarikh pengaktifan, sila hubungi orang yang bertanggungjawab di syarikat anda. Orang itu akan membatalkan pas sedia ada yang telah dijadualkan di Maxis Business Hub dan menjadualkan pengaktifan baharu setelah pembatalan disahkan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat membuat perubahan pada pas yang dijadualkan:
- Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, pilih "Akaun & Bil".
- Langkah 2: Pilih "Servis", kemudian "Pas Tambahan Aktif", dan "Pas Untuk Diaktifkan".
- Langkah 3: Klik "Alih Keluar" untuk membatalkan. Apabila pembatalan berjaya, orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat boleh menjadualkan pas baharu.
-
Anda boleh aktifkan pas perayauan serta merta melalui aplikasi Maxis, atau minta orang yang bertanggungjawab di syarikat anda untuk membeli dan aktifkan pas yang diinginkan bagi pihak anda.
Untuk pengaktifan pas yang telah dijadualkan yang sah, sila pastikan talian atau akaun anda aktif, dan tidak dihalang atau digantung.
-
SMS akan dihantar ke nombor mudah alih pengguna untuk memberitahu mereka mengenai pas gagal diaktifkan.
Pada masa yang sama, orang yang bertanggungjawab ke atas syarikat boleh mengesahkan status pengaktifan pas melalui Maxis Business Hub seperti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, pilih "Akaun & Bil".
- Langkah 2: Pilih "Servis", kemudian "Pas Tambahan Aktif".
-
Anda boleh membatalkan pas yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu pengaktifan, atau sebelum jam 10 malam (waktu Malaysia) bagi pas yang dijadualkan untuk diaktifkan pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia).
-
Anda boleh batalkan pas perayauan pra bayar melalui aplikasi Maxis.
Secara alternatif, anda boleh minta bantuan dari orang yang bertanggungjawab di syarikat anda untuk membatalkan pas tersebut melalui Maxis Business Hub.
-
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dirujuk oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas syarikat untuk pembatalan:- Langkah 1: Log masuk ke Maxis Business Hub, kemudian pilih "Accounts & Bills" dan "Passes Pending for Activation".
- Langkah 2: Cari pas yang ingin dibatalkan dan klik butang "Remove".
Sebarang pembatalan pas yang telah dijadualkan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu pengaktifan, atau sebelum jam 10 malam (waktu Malaysia) bagi pas yang dijadualkan untuk diaktifkan pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia) pada tarikh pengaktifan. Harap maklum bahawa dari semasa ke semasa, mungkin terdapat penyelenggaraan sistem berjadual antara jam 2 pagi hingga 7 pagi.
Ingin hubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business