Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Transformasi UsahaWIRA Maxis: Digitalisasi untuk Atmosfera Lebih Baik

Syahiful Norefenddy A. Samat, seorang Pengarah Kreatif di Kuala Lumpur memilih untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke Kuantan untuk memulakan kareer sebagai seorang pensyarah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga membuka restoran yang gah di bandar Kuantan dengan kadar kepopularan 4.5 bintang di Google.

Walaupun Atmosphere Industry menyajikan pelbagai sajian berkonsep 'fusion', misi utama lokasi ini ialah untuk menjadi sebuah ruang untuk anak muda menyerlahkan bakat mereka. Kini, restoran ini bukan sahaja telah mentransformasikan sebuah banglo usang menjadi sebuah ruang pertemuan anak muda, malah telah didigitalisasikan. Ketahui bagaiamana digitalisasi membantu menambah baik kecekapan staf mereka dan meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

quote

"Dengan Maxis Business, mereka mengemukakan cadangan dan berjaya meyakinkan kami. Operasi harian kami jadi lebih mudah sejak mempunyai penyelesaian digital ini." - Syahiful Norefenddy, Pengasas, Atmosphere

Mereka perlukan perkhidmatan tanpa sentuhan

Pada mulanya, walaupun ramai pelanggan yang berpuas hati dengan makanan mereka, proses pembayaran mereka tidak dapat menjana maklum balas yang sama.  Ketika itu, ada pelanggan yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana restoran itu hanya menerima pembayaran melalui wang tunai dan pemindahan secara online. Bukan itu sahaja, pelanggan juga perlu beratur lebih lama untuk menunggu pelanggan yang lain menyelesaikan pembayaran mereka. Setelah mengenal pasti masalah itu, Syahiful gigih mencari jalan lain dan memutuskan untuk mendigitalisasikan restoran Atmosphere.

Mencari bantuan rakan kongsi dan pakar

Syahiful bersama rakan kongsinya kemudian bertemu dengan Maxis Business dan wakil tersebut mendengar apa cabaran yang dihadapi oleh perniagaan ini. Wakil Maxis Business itu kemudiannya menawarkan penyelesaian terbaik kepada mereka iaitu - Maxis Cloud POS Lite dan Maxis Business 4G WiFi.

Malah, dengan bantuan wakil Maxis itu, Syahiful telah dinasihatkan untuk memohon Geran Digitalisasi PKS melalui Maxis dan menerima subsidi sebanyak RM5,000 untuk mendigitalisasikan restoran beliau. Tujuan geran itu adalah untuk memudahkan proses digitalisasi di samping mengurangkan kos perniagaan. Selain itu, Maxis Business juga menyelaraskan pelan mereka mengikut keperluan restoran ini.

Sedia maju ke dunia digitalisasi

Walaupun Maxis telah membantu Atmosphere memperbaiki sistem pengambilan pesanan, perakaunan dan banyak lagi, Syahiful juga merancang untuk memperbaiki sistem dapur restoran itu juga. Mereka berharap agar ini akan menjadi permulaan untuk mereka membuka cawangan baru di Kuala Lumpur dengan cawangan Kuantan menjadi restoran contoh bagi mereka.

Atmosphere Industry adalah sebahagian daripada komuniti UsahaWIRA yang kini mempunyai 21,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang dikuasakan oleh Maxis Business.

Jadi UsahaWIRA dengan Maxis Business dan digitalisasikan perniagaan anda secara pantas dan mudah.

Mulakan langkah digitalisasi anda dengan memohon Geran Digitalisasi PKS melalui Maxis Business. Terokai penyelesaian digital yang terbaik untuk perniagaan anda dan selaraskan penyelesaian digital itu dengan bantuan Maxis SME Help Squad.

Artikel ini telah diterbitkan oleh The Star pada 27 Julai 2022 & Berita Harian pada 20 Julai 2022.


Anda juga boleh mendigitalisasikan perniagaan seperti Atmosphere dengan bantuan pakar kami yang hebat.


CATEGORIES