Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Jul 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Jul 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kami sedia membantu perniagaan anda

Kami sedia membantu perniagaan anda

Soalan Lazim

Cloud POS

  • Maxis Cloud POS adalah perisian jualan setempat yang mudah diguna untuk pemilik perniagaan yang mahu melihat dan menjejaki jualan barangan, mengumpul data pelanggan dan memahami corak belanja mereka, mengawasi prestasi kakitangan juruwang, dan mengurus aras inventori. Pemilik perniagaan secara mudah boleh melihat analitik dan laporan dalam masa nyata di mana jua, setiap masa.

  • Ia berfungsi dengan cara yang sama dengan perisian jualan setempat biasa. Ia dengan mudah menghubungkan mana-mana perkakasan periferal ke perisian Maxis Cloud POS, melancarkan perisian Maxis Cloud POS menerusi aplikasi/pelayar Google Chrome, memilih produk dikehendaki dan cara pembayaran oleh pelanggan terakhir, dan keluar beli (check out). Anda mempunyai pilihan sama ada menghantar e-resit kepada pelanggan akhir menerusi emel, atau terus cetak resit fizikal jika anda memasang pencetak resit. Anda perlu memiliki sambungan internet untuk memulakan perisian Maxis Cloud POS dan menyelaraskan transaksi dalam kedai ke Portal Cloud POS dalam masa nyata.

  • Aplikasi Maxis Cloud POS boleh didapati untuk dimuat turun daripada App Store untuk pengguna iPad Apple. Bagi alternatif lain, perisian Maxis Cloud POS boleh diakses menerusi pelayar Google Chrome versi terkini pada mana-mana peranti mudah alih/table/komputer peribadi.

  • Ya, asalkan anda mampu muat turun dan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Anda boleh hubungi Maxis untuk memeriksa kesesuaian perkakasan.

  • Anda boleh lihat dan urus segala perkara dibawah secara mudah alih:

    • Papan pemuka bagi seluruh data perniagaan 
    • Kemas kini laporan jumlah jualan, baki inventori, pelanggan dan banyak lagi secara mudah,
    • Maklumat pengguna kakitangan dan kelayakan log masuk,
    • Pembaharuan inventori dan produk serta baki stok juga,
    • Sejarah transaksi dan pembayaran
  • Anda boleh guna Maxis Cloud POS dengan Wi-Fi atau sambungan internet mudah alih. Untuk pengguna internet mudah alih, kami mencadangkan anda melanggan pelan data bulanan dengan sekurang-kurangnya 2GB untuk menikmati penyambungan tanpa gangguan.

  • Ya, anda boleh. Perisian Maxis Cloud POS akan terus mengubah transaksi luar talian anda menjadi "pending sync" iaitu pesanan tertangguh.
    Walau bagaimanapun, transaksi luar talian ini terhad kepada transaksi wang tunai sahaja, ini kerana terminal pembayaran kad (Contoh, mPOS) memerlukan internet untuk berfungsi.
    Sebaik sahaja penyambungan internet kembali, juruwang anda mampu klik pada "Synchronise Data" daripada skrin tetapan POS & hantar semua transaksi luar talian sebentar tadi ke cloud. Anda tak perlu bimbang terlepas peluang untuk jana jualan lagi!

  • Kadar MDR atau (Kadar Diskaun Peniaga) mempunyai julat daripada 1.50% ke 2.00% untuk kad kredit, dan daripada 0.80% ke 1.0% untuk kad debit. Kadar petunjuk semasa akan diberikan bersama permohonan tetapi kadar terakhir akan ditentukan apabila disahkan oleh Maybank.

  • Ya, anda boleh. 

  • Data anda selamat disimpan di cloud (menerusi Pelayan Web Amazon) dengan jaminan perkhidmatan menepati masa sehingga 99.9%

    • Lesen lokasi kedai: Membenarkan anda menjejaki jualan dan inventori berdasarkan lokasi kedai yang berbeza.
    • Lesen peranti: Membenarkan juruwang anda untuk log masuk dan berurus niaga daripada peranti tambahan (contohnya, iPad/tablet/Komputer Peribadi).
    • Lesen pengguna: Membenarkan anda mencipta akaun pengguna tambahan untuk kakitangan untuk tahap kebenaran berbeza (contohnya, juruwang biasa/pengurus kedai/akses penuh admin). Anda boleh menghidup/mematikan PIN mengikut akses pengguna, untuk lebih kawalan dan keselamatan.
  • Hubungi kami di 1700 81 9093 dan kami akan buat temu janji untuk jumpa anda!

Sedia untuk daftar Cloud POS?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business